awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAP: Waspada gabungan kimia bahan tambahan dan perisa makanan

Zaim Ibrahim
Zaim Ibrahim
02/02/2018
04:42 MYT
CAP: Waspada gabungan kimia bahan tambahan dan perisa makanan
Gabungan pelbagai kimia daripada bahan penambah dan perisa dalam produk makanan boleh memberi kesan kesihatan manusia.
Gabungan pelbagai bahan kimia daripada bahan tambahan dan perisa dalam produk makanan boleh memberi kesan kesihatan, kata Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim susulan kes lima orang yang dimasukkan ke hospital selepas minum kopi pra campuran durian.
Kopi berkenaan katanya, tidak menggunakan durian asli sebaliknya menggunakan perisa durian hasil adunan pelbagai bahan kimia yang akhirnya akan memberi kesan kepada badan manusia.
”Durian yang terdapat dalam kopi tersebut bukannya asli. Kebiasannya, durian itu hasil daripada perisa dan penambah makanan yang digabungkan supaya mempunyai bau dan rasa seperti durian yang asli,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
“
Durian yang terdapat dalam kopi tersebut bukannya asli
”
- Hatijah Hashim
Pelbagai bahan kimia yang digabungkan itu akan menyebabkan seseorang mengalami alahan, pening kepala dan pelbagai kesan lain bergantung kepada daya tahan individu.
Selasa lalu, lima individu termasuk dua wanita dimasukkan ke hospital selepas mengalami gejala letih dan lemah dipercayai selepas meminum kopi pra campuran durian.
Mangsa yang berusia antara 19 hingga 62 tahun itu kini dirawat Hospital Pulau Pinang.
Setakat ini, tiga daripadanya sudah dibenarkan pulang selepas keadaan mereka semakin stabil.
Sampel kopi berkenaan kini sedang diuji Kementerian Kesihatan bagi memastikan gejala yang dialami mangsa benar-benar berpunca daripada minuman berkenaan atau sebaliknya
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam sebelum ini memaklumkan akan mendedahkan jenama kopi tersebut dan menariknya daripada pasaran jika terbukti ia mempunyai bahan terlarang.
Topic Berkaitan
#bahan kimia
#bahan perisa
#kopi 3in1
#kopi durian
#kopi perisa durian
#Menteri Kesihatan
#minuman pra campuran
#penambah makanan
#Persatuan Pengguna Pulau Pinang
#pulau pinang
#S Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan