KUALA TERENGGANU: Walaupun kemuncak populariti capal dan tanjak telah menjangkaui zaman, namun, ia masih menjadi pilihan untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri.
Sejak beberapa tahun lalu, pemakaian capal dan tanjak untuk dipadankan dengan baju Melayu juga telah menjadi trend anak muda di Terengganu.
Antara yang memastikan capal dan tanjak digayakan di pagi 1 Syawal ialah Marina Ahmad, 43.
Setiap kali lebaran, Marina akan memastikan suami, tiga anak lelakinya dan dia sendiri mengenakan busana tradisional Melayu khususnya pada hari raya pertama.
Menurut Marina, pemakaian baju tradisional seperti mula diamalkannya sejak sembilan tahun lalu kerana mempunyai nilai sentimental dan keunikan yang tersendiri jika di pakai di zaman ini.
"Lazimnya anak muda lebih gemar untuk memakai pakaian yang lebih moden dan hampir lupa dengan pakaian warisan itu jadi saya terapkan dan amalkan pada keluarga untuk berpakaian seperti ini pada hari raya atau majlis keraian yang lain.
"Pada mulanya hanya suami yang memakainya dan anak-anak mula mengikutinya walaupun masih berada di bangku sekolah rendah, mereka tidak malu untuk menggayakan capal dan tanjak kerana mereka akan kelihatan lebih menyerlah dengan padanan berkenaan,"katanya kepada Astro Awani.
Anak kelahiran Kedah itu berkata, setakat ini suami dan anak-anaknya mempuyai lapan tanjak peribadi untuk digayakan mengikut majlis.
Pendaki negara yang berjaya menawan Gunung Everest pada Ekspedisi Demi Negara Ke Everest 2007 itu mengakui tanjak kini semakin menjadi pilihan anak muda untuk digayakan dengan pelbagai fesyen moden termasuk seluar denim.
Nur Fazlizai Ali
Wed Apr 10 2024
Segak dan cantik keluarga Marina mengenakan persalinan Melayu tradisional meraikan kedatangan 1 Syawal hari ini.
Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan
Empat tawanan Israel telah diselamatkan ketika tenteranya melancarkan misi serangan berdarah yang menyebabkan ratusan rakyat Gaza terbunuh.
Dua maut, bas bawa rombongan guru terlibat kemalangan
Bas membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbabit kemalangan dengan sebuah treler.
Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 Jun 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
- Kes Bunuh Zayn Rayyan: Keterangan tidak konsisten antara faktor reman ibu bapa disambung
- Bapa tak bagi duit belanja, ibu ugut bunuh anak
- Kerajaan sedang sediakan Agenda Negara Menua
- Kes Bunuh Zayn Rayyan: Keterangan tidak konsisten antara faktor reman ibu bapa disambung
- Bapa tak bagi duit belanja, ibu ugut bunuh anak
- Kerajaan sedang sediakan Agenda Negara Menua
SJKC: Realiti bagi pelajar bukan Cina
Bagi murid-murid bukan Cina, memasuki sekolah rendah Cina diibaratkan seperti berada dalam 'persekitaran yang asing.'
Balai Seni Negara Langkawi tawar pengalaman pelancongan seni dan budaya
Usaha menarik potensi lebih ramai pelawat ke Langkawi bakal dilakukan dengan memanfaatkan seni dan budaya, sebagai tarikan utamanya.
Kelebihan atau kekurangan? Cabaran besar murid bukan Cina
Peningkatan murid bukan Cina di sekolah rendah Cina dipengaruhi beberapa faktor antaranya ibu bapa percaya bahawa belajar bahasa Cina akan memberi lebih banyak peluang; pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti tinggi; disiplin dalam kalangan murid; serta nilai ekonomi bahasa Cina yang lebih besar.
SJKC: Kelebihan atau kekurangan? Cabaran besar murid bukan Cina
Adakah ibu bapa bukan Cina akan tetap menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah Cina untuk memberi kelebihan atau berdepan cabaran?
PN guna semua saluran dekati pengundi Sungai Bakap - Sanusi
Meskipun terdapat kekangan dan sekatan daripada Kerajaan Perpaduan, ia tidak akan melemahkan semangat PN mendekati pengundi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin Sepanyol 'jadi' korban Palestin
Ratusan penunjuk perasaan berbaring di atas tanah di luar muzium seni moden Guggenheim Bilbao pada Sabtu.
Ia adalah sebagai satu bentuk protes dengan menyerupai mangsa yang terkorban akibat keganasan dan genosid yang dilakukan rejim Zionis ke atas penduduk Gaza.
Ia adalah sebagai satu bentuk protes dengan menyerupai mangsa yang terkorban akibat keganasan dan genosid yang dilakukan rejim Zionis ke atas penduduk Gaza.
Capal dan tanjak jadi pilihan di Aidilfitri
Pemakaian busana tradisional sudah mula diamalkan Marina Ahmad sekeluarga sejak sembilan tahun lalu.