Menggunakan pengangkutan udara adalah cara yang paling selamat untuk membuat sesuatu perjalanan dan tiada sebab untuk ‘fear of flying’ atau perasaan takut untuk terbang dijadikan sebab untuk tidak menggunakan servis penerbangan.
Ini adalah pandangan pakar-pakar penerbangan selepas kejadian yang melibatkan kemalangan udara semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Pensyarah Universiti Putra Malaysia Jabatan Kejuruteraan Aero Angkasa, Dr Kamarul Arifin Ahmad sekiranya kemalangan udara berlaku, ia tidak selalunya melibatkan kehilangan nyawa kerana langkah berjaga-jaga memang diambil oleh setiap syarikat penerbangan.
“Statistik menunjukkan bahawa kemalangan pesawat yang melibatkan kematian tidak sampai 1% dan ini sangat rendah berbanding kemalangan jalan raya,” katanya kepada Astro AWANI.
Perunding Kejuruteraan Aero Angkasa , Dr Ahmad Samsuri Mohktar pula berkata sememangnya ‘fear of flying’ atau perasaan takut untuk terbang menggunakan pesawat wujud.
“Tetapi harus diingat bahawa di Malaysia kemalangan udara yang terakhir yang melibatkan kehilangan nyawa belaku pada tahun 1977 dan terkini adalah kemalangan pesawat MH370.
“Tempoh antara dua kemalangan tersebut agak lama,” katanya.
Namun demikian beliau berkata, sememangnya orang ramai tidak dapat lari daripada berdepan dengan ‘fear of fying’.
“Oleh sebab itu, pihak penerbangan harus mengambil langkah berjaga-jaga.
“Mereka harus mengikut protokol yang ada secara teliti contohnya menghantar pesawat untuk peyelenggaraan dan sebagainya,” katanya.
Menurut Pakar Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Noor ‘fear of flying’ semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia dan ia semakin ketara terutamanya apabila berlakunya insiden seperti kehilangan pesawat MH370.
Pada 8 Mac lalu, pesawat MAS MH370 yang dijadual tiba di Beijing, hilang dengan 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk Malaysia.
Pada 21 Mac, pesawat MAS MH114 dilanggar burung sewaktu mendarat di Nepal, Kathmandu.
Pada 24 Mac pula, pesawat MAS MH066 dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.
Pagi tadi, sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri semasa penerbangannya ke Kuala Terengganu.
T K Letchumy Tamboo
Wed Mar 26 2014
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
'Fear of flying' semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia - Dr Mariani
'Fear of flying' atau perasaan takut untuk terbang menggunakan pesawat semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia.
'Cara perjalanan paling selamat adalah melalui pengangkutan udara'
Menggunakan pengangkutan udara adalah cara yang paling selamat untuk membuat sesuatu perjalanan, kata pakar-pakar penerbangan.