MALAYSIA
Cari pengganti segera, elak gugat kestabilan Kerajaan Perpaduan - Pakar

Tanda demokrasi matang apabila dua atau lebih parti yang dahulu tidak sehaluan boleh bekerjasama untuk membentuk kerajaan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kelompongan dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini akibat peletakan jawatan Menteri Ekonomi serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam perlu diisi segera.
Ringkasan AI
- Kekosongan jawatan Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli perlu diisi segera bagi menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan.
- Prof Ahmad Martadha menegaskan perlunya perancangan rapi agar setiap parti dalam kerajaan kekal diwakili mengikut kuota yang dipersetujui.
- Penyertaan Tengku Zafrul ke PKR perlu ditangani secara bijak agar tidak menjejaskan kerjasama antara komponen kerajaan.
"Kita mahukan agenda Kerajaan dilaksanakan sebaik mungkin, jadi perlunya ada pengganti dalam masa terdekat.
"Risau sekiranya dilengahkan akan wujud persepsi tentang kepincangan Kerajaan," ujar Ahmad Martadha dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.
Dalam pada itu, beliau turut menggariskan peringatan mengenai tempoh khidmat senator Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan tamat pada Disember 2025.
Perancangan perlu dibuat untuk memastikan setiap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan diwakili tujuh menteri bagi memenuhi kuota dipersetujui.
"Apabila Tengku Zafrul meletakkan jawatan daripada UMNO, secara automatik ada kekosongan untuk perwakilan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
"Aturan sistematik harus dibuat untuk memastikan kuota tujuh orang itu dipatuhi, lagi-lagi negara sekarang berdepan cabaran ekonomi dan geopolitik global, kestabilan kerajaan perlu dikekalkan," tegasnya.
Tambah beliau, Kerajaan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) harus memastikan permohonan penyertaan Tengku Zafrul ditangani dengan bijaksana supaya tidak tercetus polemik yang boleh menggugat kerjasama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami