Persefahaman diantara Renault dan Nissan adalah rumit dan mudah pada masa yang sama. Secara asasnya, Renault mempunyai sejumlah saham Nissan yang agak besar (44%), yang dibelinya pada tahun 1999 pada waktu Nissan mempunyai masalah kewangan yang serius. Walaupun begitu, sehingga kini kedua-dua syarikat adalah dua unit berbeza, dan tiada penggabungan rasmi.
Serentak itu, Nissan memiliki sehingga 15% saham Renault. Ironinya, walaupun syarikat Perancis itu mempunyai suara besar di dalam pengurusan Nissan (sebagai pemegang saham majoriti), Nissan sebaliknya pula tidak mempunyai kuasa mengundi sebagai pemegang saham Renault. Ini disebabkan peraturan ‘cross-shareholding’ yang dipraktikkan di negara Perancis.
Sebelum ini, tidak banyak masalah yang wujud kerana CEO Renault (yang juga CEO Nissan) Carlos Ghosn sangat bijak dalam mengimbangi kelebihan kedua-dua syarikat. Imbangan ini satu keperluan penting kerana Nissan sebenarnya mendatangkan jauh lebih banyak keuntungan bagi kerjasama syarikat-syarikat ini. (Nissan menjual lebih kurang dua kali ganda lebih banyak produk berbanding Renault)
Sekarang, nampaknya ada ancaman kepada imbangan ini.
Kerajaan Perancis baru-baru ini dengan cara yang agak senyap berjaya menambahkan jumlah saham mereka di dalam Renault dari 15% kepada 20%. Perkembangan ini membolehkan ‘undang-undang Florange’ negara tersebut menjadi aktif.
‘Undang-undang Florange’ menyebut bahawa seorang/pihak pemegang saham mesti diberikan hak mengundi dua kali jika pelabur tersebut sudah memegang saham syarikat selama sekurang-kurangnya dua tahun. Namun, ia boleh diendahkan hanya jika satu pertiga pemegang saham lain mengundi untuk tidak bersetuju.
Pembelian saham Renault secara diam-diam ini telah dilakukan oleh menteri ekonomi Perancis, Emmanuel Marcon (37 tahun, bersama Ghosn dalam gambar di bawah), hanya beberapa minggu sebelum mesyuarat pemegang saham yang diadakan minggu lepas (akhir April, 2015). Wang yang terlibat di dalam pembelian tambahan ini mencecah €1.23 billion.
Tindakan ini dilaporkan menimbulkan kemarahan Carlos Ghosn, yang memang dikenali sebagai antara ketua syarikat automotif yang paling disegani.
Pada pandangan Carlos Ghosn – dan ramai lagi ahli lembaga pengarah Renault – masalahnya adalah ini akan merumitkan imbangan yang sekarang ada diantara Renault dan Nissan. Bahkan, sudah ada pegawai kanan di syarikat Jepun itu yang menimbulkan beberapa persoalan.
Tahun lepas, Ghosn berjaya merapatkan hubungan kedua-dua firma melalui perjanjian yang menggabungkan beberapa aktiviti termasuk kejuruteraan, pengeluaran dan pembelian.
Sejak beberapa tahun ini, kedua-dua syarikat giat menguruskan siri produk masing-masing dan menambahkan kaedah untuk mengurangkan kos. Paling penting adalah perkongsian platform dan komponen-komponen penting lain. Termasuk perkembangan terkini pikap Nissan NP300 (Daimler AG, pemilik Mercedes, turut memiliki sehingga 3.1% Renault. Dan mereka juga tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Perancis ini)
Bagi kerajaan Perancis pula, alasan mereka adalah untuk menjaga kepentingan negara tersebut, dan di dalam kata mereka sendiri, untuk mengurangkan pengaruh Nissan ke atas Renault. Memang benar Nissan lebih dinamik dari segi produk. Maklumlah, pasaran mereka lebih luas dengan jualan jauh lebih positif.
Agak pelik, walaupun Nissan mempunyai lebih kuasa dari segi produk yang diterima baik pembeli, mereka tidak mempunyai kuasa yang setimpal dengan prestasi mereka.
Lembaga pengarah Nissan turut telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyokong pendapat ahli lembaga pengarah Renault, yang kurang senang dengan kemampuan kerajaan Perancis yang sekarang boleh mempengaruhi tindakan serta hala tuju syarikat Renault.
Astro Publication
Wed May 06 2015
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
Tempahan untuk Nissan NP300 Navara sekarang dibuka. Dari RM85,000
‘Mother Trucker’ ini masih lagi dengan output paling tinggi dalam kelasnya. Lihat sendiri trak ini di Siri Jelajah Nissan!
Pusat 4S Nissan paling ulung di Malaysia dibuka
Berkemampuan menyelenggara 100 buah kenderaan setiap hari
Daimler dan Renault-Nissan akan buka kilang bersama di Mexico
Bakal beroperasi pada 2017 untuk menghasilkan kenderaan kompak premium generasi terkini Mercedes-Benz dan Infiniti
Pemenang pusingan pertama kempen ‘Riang Raya’ sudah dipilih
Masih ada peluang untuk anda sertai kempen Pusingan kedua
JB sekarang ada pusat 3S Nissan terbesar di Malaysia
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) laburkan lebih RM25 juta untuk kualiti lepas jualan lebih baik bagi pelanggan
Carlos Ghosn sentap, kerajaan Perancis tambah pemilikan atas syarikat
Tindakan kerajaan Perancis meningkatkan pemilikan saham Renault ada potensi memberi masalah kepada kerjasama Renault-Nissan
Navara pilihan Mercedes untuk rancangan pikap mereka
Mercedes bekerjasama dengan Renault-Nissan untuk menghasilkan pikap pertama mereka
Selamat datang, Nissan X-Trail lebih menawan!
Memang kelihatan lebih menarik, dan dilengkapi dengan pelbagai tambah baik untuk kembali mencabar segmen crossover/SUV
Nissan Almera diberikan gaya baharu
Perubahan fizikal untuk sedan yang cukup popular oleh Nissan. Siri jelajah diadakan untuk memperkenalkannya kepada anda
Nissan Serena S-Hybrid CKD berwajah baru
Kilang ETCM di Serendah adalah salah satunya lokasi pemasangan Serena S-Hybrid di luar Jepun