awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua ASEAN akan hadiri Forum Media ke-9 di Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
05/11/2025
13:45 MYT
Ketua ASEAN akan hadiri Forum Media ke-9 di Kuala Lumpur
Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn akan menghadiri Forum Media ASEAN Kesembilan di Kuala Lumpur pada Khamis, menurut Sekretariat ASEAN. - Gambar fail/BERNAMA
JAKARTA: Setiausaha Agung ASEAN Kao Kim Hourn akan menghadiri Forum Media ASEAN Kesembilan di Kuala Lumpur pada Khamis, menurut Sekretariat ASEAN.
Semasa forum itu, Kao dijadual mengadakan sesi libat urus bersama wakil media bagi membincangkan secara terbuka pencapaian utama ASEAN di bawah Kepengerusian Malaysia bagi tahun 2025.
"Beliau juga akan berkongsi pandangannya mengenai keutamaan rantau ini pada masa hadapan," menurut kenyataan itu.
Forum berkenaan dianjurkan oleh Sekretariat ASEAN dengan kerjasama Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, dan berperanan sebagai platform dialog terbuka antara ASEAN dan media di seluruh rantau ini.
Forum itu dilancarkan pada 4 Ogos 2017 di Manila sempena sambutan ulang tahun ke-50 ASEAN, dengan matlamat untuk memupuk persefahaman bersama serta memperkukuh kerjasama dalam mempromosikan Komuniti ASEAN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Setiausaha Agung ASEAN
#Kao Kim Hourn
#Forum Media ASEAN
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan