awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
Prasarana catat rekod 1.63 juta penumpang harian tertinggi 31 Disember
RM15 juta untuk Dapur Siswa, pastikan tiada mahasiswa 'ikat perut'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cathay Hong Kong batalkan penerbangan, 11 cedera

Bernama
Bernama
24/06/2023
07:17 MYT
Cathay Hong Kong batalkan penerbangan, 11 cedera
HKAA memaklumkan terdapat 17 anak kapal dan 293 penumpang di dalam pesawat itu. - Gambar Cathay Pacific
HONG KONG: Sebuah pesawat Cathay Pacific membatalkan prosedur berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong akibat gangguan isyarat pada awal pagi Sabtu, menyebabkan 11 penumpang cedera semasa pemindahan kecemasan.
Menurut Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong (HKAA), kira-kira 00:20 pagi waktu tempatan, pesawat CX880 Cathay Pacific yang dalam perjalanan ke Los Angeles membatalkan prosedur berlepas susulan gangguan isyarat, lapor Xinhua. Tangga kecemasan segera dibuka untuk tujuan pemindahan.
HKAA memaklumkan terdapat 17 anak kapal dan 293 penumpang di dalam pesawat itu. Mereka yang cedera telah dihantar ke hospital, dan sembilan daripada mereka telah dibenarkan keluar.
Polis berkata, tayar pesawat itu dipercayai pecah dan orang ramai cedera ketika pemindahan.
Cathay memohon maaf dan memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cathay Pacific
#HKAA
#tangga kecemasan
#tayar pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan