KOTA KINABALU: Catuan bekalan elektrik telah dilaksanakan di negeri ini dan Labuan semalam melibatkan 105,628 pengguna berikutkan masalah kekurangan penjanaan dalam grid bekalan elektrik, kata Operator Sistem Grid Sabah dan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Adrian Mosigil.
Beliau berkata masalah itu terjadi disebabkan penjana kuasa bebas (IPP) Teluk Salut dan Rugading mengalami masalah teknikal.
Beliau berkata catuan bekalan ini melibatkan daerah Tawau, Pitas, Beaufort, Kuala Penyu, Nabawan,Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kunak, Kudat, Sandakan, Tenom, dan Papar selain Labuan.
"Catuan dilaksanakan bagi memastikan kestabilan grid Sabah berikutan masalah kekurangan penjanaan. catuan bekalan dilaksanakan bermula pada 10.40 pagi secara berganti-ganti di kawasan yang terbabit sehingga 9.05 malam," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Adrian berkata tiada catuan bekalan dijadual untuk dilaksanakan hari ini berikutan IPP Rugading telah kembali beroperasi hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Masalah itu terjadi disebabkan penjana kuasa bebas (IPP) Teluk Salut dan Rugading mengalami masalah teknikal. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Skim harga maksimum musim perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000
Mahkamah juga mengarahkan Lee Hsien Yang membayar S$51,000 sebagai kos kepada setiap menteri.
Pearly-Thinaah harap dapat teruskan rentak
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, mereka hanya memerlukan 31 minit untuk menumpaskan Setyana Mapasa-Angela Yu dari Australia.
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum kepada SPR esok - Chow
Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.
HUAWEI lancar pameran XMAGE terbesar di samping rai karya pengguna
HUAWEI julung kalinya melancarkan pameran HUAWEI XMAGE di Malaysia dengn tema 'A Heartwarming World, 12 Years of Huawei Photography' di samping meraikan hasil karya pengguna.
Semarakkan perpaduan menerusi Sambutan Minggu Perpaduan 2024
Kementerian Perpaduan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peingkat kebangsaan di Angsana Mall, Johor Bahru dalam usaha menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rangkuman hari terakhir Persidangan Nikkei & lawatan rasmi PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Camii, Tokyo.
Tiket perlawanan Selangor FC 'sold out' lagi
Aksi membabitkan Selangor FC menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super habis terjual. Ini merupakan perlawanan kedua berturut-turut tiket perlawanan Selangor FC habis terjual.
Catuan bekalan elektrik di Sabah, Labuan babitkan 105,628 pengguna - SESB
Masalah itu terjadi disebabkan penjana kuasa bebas (IPP) Teluk Salut dan Rugading mengalami masalah teknikal.
SESB laksana catuan elektrik di Sabah dan Labuan
Situasi itu menyebabkan berlaku kekurangan kapasiti penjanaan sebanyak 967MW berbanding permintaan ketika waktu puncak iaitu 1,001MW.
Cuaca panas: Ramai guna pendingin hawa, punca elektrik dicatu di Sabah
Permintaan atau penggunaan elektrik yang agak tinggi disebabkan keadaan cuaca yang panas antara punca bekalan elektrik terpaksa dicatu di seluruh Sabah.