NIBONG TEBAL: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh di sini, pada kira-kira 6.30 petang tadi.
Terdahulu, jenazah Nor Zamri, 56, dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang terletak bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Solat jenazah di masjid berkenaan diimamkan Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad dengan disertai kira-kira 1,000 jemaah yang hadir.
Turut hadir memberikan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohamad Abdul Hamid dan beberapa Exco Kerajaan Negeri.
Nor Zamri meninggal dunia pada 1.38 tengah hari tadi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan di situ sejak awal bulan ini.
Allahyarham meninggalkan isteri Musalmah Yusop dan enam anak.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff ketika ditemui pemberita berkata Allahyarham disenangi dalam kalangan ahli parti kerana keperibadiannya yang lemah lembut dan senang bekerjasama malah menyifatkan pemergiannya, kehilangan besar bagi PAS.
"Arwah seorang yang suka menolong orang, ringan tulang dan seorang yang suka membuat kebajikan dan menyertai misi menyelamat mangsa banjir kerana dia memang suka tolong orang," kata Muhammad Fauzi yang juga ADUN Sungai Dua itu.
Sementara itu, ADUN Penaga Mohd Yusni Mat Piah berkata Allahyarham merupakan seorang rakan yang baik hati dan sikapnya yang mudah didekati serta suka melawak menyebabkan semua rakan dalam PAS Pulau Pinang amat terasa dengan kehilangan Allahyarham.
Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lepas menewaskan calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 atau 15,433 undian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri Latiff dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh pada Jumaat. - Bernama
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Berita ADUN Sungai Bakap kritikal tidak benar - Pas Pulau Pinang
Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff menafikan dakwaan mengenai keadaan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang dikatakan sedang kritikal.
ADUN Sungai Bakap stabil, masih di ICU
'YB Abang Zam' masih memerlukan rawatan dan rehat yang cukup serta tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini.
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.