awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cebisan tulang, baju ditemukan di lokasi pekerja kuari dikhuatiri tertimbus

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
20/09/2022
06:50 MYT
Cebisan tulang, baju ditemukan di lokasi pekerja kuari dikhuatiri tertimbus
Bangkai jengkaut itu ditemukan pada jam 11.45 pagi tadi manakala cebisan tulang dan baju ditemukan kira-kira setengah jam kemudian.- Foto BERNAMA
IPOH: Pasukan penyelamat menemukan cebisan tulang, baju serta bangkai jengkaut di lokasi dua pekerja kuari yang dikhuatiri tertimbus dalam insiden runtuhan kuari pada Mac lalu di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Azmi Osman berkata bangkai jengkaut itu ditemukan pada jam 11.45 pagi tadi manakala cebisan tulang dan baju ditemukan kira-kira setengah jam kemudian.
"Bangkai jengkaut, cebisan tulang dan baju ditemukan pada kedalaman 10 hingga 15 kaki pada jarak titik pencarian sebelum ini.
"Cebisan tulang dan baju yang ditemukan itu masih belum dapat dipastikan milik siapa," katanya ketika dihubungi hari ini, pada Selasa.
Sebelum ini media melaporkan, dalam kejadian pada 8 Mac lalu, dua pekerja kuari di situ dipercayai tertimbus runtuhan batu.
Mangsa dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.
Topic Berkaitan
#pekerja kuari
#cebisan tulang
#simpang pulai
#Cameron Highlands
#jengkaut tertimbus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan