awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cegah COVID-19, KKM fokus ujian saringan perhimpunan besar-besaran

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/04/2020
14:32 MYT
Cegah COVID-19, KKM fokus ujian saringan perhimpunan besar-besaran
Dr Noor Hisham berkata setakat ini bilangan sampel yang boleh diambil adalah sebanyak 11,500 dan pihaknya mensasarkan untuk mencapai 16,500 ujian setiap hari.
Kementerian Kesihatan (KKM) kini menggunakan strategi baharu dalam memerangi pandemik COVID-19 iaitu melakukan ujian saringan terhadap perhimpunan besar-besaran yang berisiko tinggi mendapat jangkitan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata fokus kepada sasaran tersebut dilihat sebagai langkah yang baik bagi memaksimumkan sumber.
“Ini bermaksud kumpulan sasaran adalah kita melihat kepada mereka yang menghadiri perhimpunan. Sebagai contoh, perhimpunan Sri Petaling, sekolah tahfiz dan mereka yang pulang dari luar negara.
“Mereka yang pulang (dari luar negara) misalnya mempunyai kluster, jadi kemungkinan kita akan menyaring mereka terlebih dahulu. Jadi, mereka ini adalah kumpulan-kumpulan berisiko tinggi yang kita kenal pasti dan beri keutamaan,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Isnin.
BACA: COVID-19: Satu lagi kematian, 131 kes baharu
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata setakat ini bilangan sampel yang boleh diambil adalah sebanyak 11,500 dan pihaknya mensasarkan untuk mencapai 16,500 ujian setiap hari.
“Tetapi dengan rapid test kit, yang mana (KKM) mengharapkan ia lebih dipercayai dan tepat, kita mampu meningkatkan bilangan ujian kepada lebih 20,000 ujian,” katanya.
Beliau dalam sidang media sama turut memaklumkan bahawa KKM turut komited untuk memperkasakan peranan masyarakat dalam usaha untuk mengelakkan penularan pandemik tersebut.
Jelas Dr Noor Hisham, langkah tersebut bagi memastikan golongan berisiko tinggi yang dijangkiti wabak tersebut tidak memasuki kawasan komuniti.
“Tetapi kita ketika ini sedang melihat kepada kemungkinan untuk memperkasakan komuniti sebagai contoh jawatankuasa dan (kawasan) kondominium untuk memastikan mereka diberi kuasa untuk menjaga kawasan mereka agar selamat.
“Orang Asal sudah pun berbuat demikian. Ia untuk memastikan kumpulan berisiko tinggi tidak dibenarkan memasuki kawasan komuniti mereka.
“Jadi, jika anda boleh berbuat demikian, ia bermaksud anda melindungi zon hijau anda. Saya berharap dengan langkah ini, anda boleh menjaga rumah anda dan komuniti anda.
“Jika itu berlaku, mungkin kita boleh menyemak semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#rapid test kit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan