awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cekik adik hingga mati, remaja lelaki direman 7 hari

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
06/07/2023
04:21 MYT
Cekik adik hingga mati, remaja lelaki direman 7 hari
Perintah tahanan reman hingga Rabu depan itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nurul Asyikin Rosli bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Astro AWANI
AYER KEROH: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sehingga mati dalam kejadian di Kampung Bukit Piatu, di sini, petang semalam direman tujuh hari.
Perintah tahanan reman hingga Rabu depan itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nurul Asyikin Rosli bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, remaja yang merupakan pelajar sebuah sekolah menengah Arab itu dibawa ke mahkamah pada jam 9 pagi dengan berpakaian reman berwarna ungu.
Astro AWANI pada Rabu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dipercayai dicekik abangnya di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, insiden malang menimpa kanak-kanak berkenaan disedari ibunya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit dilaporkan berkata, penahanan suspek dibuat bagi membantu siasatan lanjut dijalankan pihaknya.
Ujarnya, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung, dan leher.
Sementara itu, bapa dua beradik itu Najli Yakob, 42, mendakwa anak sulungnya yang berada di tingkatan dua itu sering menjadi mangsa buli pelajar senior sekolah berasrama sejak tahun lalu.
Topic Berkaitan
#cekik adik hingga mati
#Kampung Bukit Piatu
#Najli Yakob
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan