awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Australia beri amaran cuaca melampau dan berbahaya ketika kebakaran hutan marak di Victoria
Ejen ICE dalam kes tembakan Minnesota pernah diseret kereta pada Jun
Pertelingkahan berkaitan dadah, wang punca lelaki dibunuh, anggota badan dikerat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Celtic tandatangani dua pemain Korea Selatan

Astro Arena
Astro Arena
25/07/2023
08:56 MYT
Celtic tandatangani dua pemain Korea Selatan
Kedua-dua pemain itu menandatangani kontrak lima tahun dan akan bergandingan dengan rakan senegara mereka, Oh Hyeon-gyu. - Stadium Astro
CELTIC melengkapkan proses menandatangani dua pemain muda Korea Selatan dengan membawa masuk Yang Hyun-jun dan Kwon Hyeon-kyu.
Hyun-jun, 21, merupakan pemain sayap yang didatangkan dari Gangwon manakala pemain tengah, Hyeon-kyu, pula tiba dari Busan I-Park.
Kedua-dua pemain itu menandatangani kontrak lima tahun dan akan bergandingan dengan rakan senegara mereka, Oh Hyeon-gyu.
Pengurus, Brendan Rodgers, berkata dalam laman web rasmi Celtic: "Kami gembira dapat mendatangkan Yang ke kelab ini dan saya yakin dia akan menjadi nilai tambah yang hebat ke dalam skuad ini.
#WelcomeKwon! We are delighted to announce that South Korean midfielder, Hyeokkyu Kwon, has joined the Club on a five-year deal - subject to international clearance !
— Celtic Football Club (@CelticFC) July 24, 2023
"Dia seorang pemain yang sudah lama kami perhatikan dan kami fikir dia akan menambah pilihan di bahagian serangan kami, sudah pasti bersama rakan senegaranya, Oh.
"Dia seorang pemain yang amat menarik dan menjadi pemain muda terbaik Korea Selatan musim lalu, di mana ia sebagai petunjuk mengenai kualiti yang dimilikinya. Saya pasti dia tidak sabar untuk memberikan impak di kelab ini.
#YangIsACelt! Highly-rated South Korean player, Hyunjun Yang, has signed for #CelticFC on a five-year deal - subject to international clearance! !
— Celtic Football Club (@CelticFC) July 24, 2023
"Kami juga amat gembira untuk mendatangkan Kwon ke kelab ini, pada hari yang sama kami mengumumkan ketibaan Yang.
"Sekali lagi, dia seorang pemain yang sudah lama dirisik kelab ini, jadi amat hebat untuk melengkapkan perpindahan ini dan saya tahu pemain ini juga gembira dengan perpindahan ini," katanya. -- Stadium Astro

Topic Berkaitan
#Celtic
#pemain Korea Selatan
#Yang Hyun-jun
#Kwon Hyeon-kyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan