awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Mayat dua beranak reput: Kali terakhir jiran lihat mangsa dua bulan lalu
MALAYSIA
ASEAN25: Gangguan trafik dijangka sempena Pemukiman Menteri Luar
BISNES
Viviantie Sarjuni dilantik CEO INSKEN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2024
16:31 MYT
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi. - Foto IG @sportsrevobysafiqrahim
JOHOR BAHRU: Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Difahamkan, kenderaan milik pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu telah diserang oleh dua lelaki bermotosikal di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, jam 10.05 malam pada Selasa.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat Safiq yang tular di media sosial, kejadian itu berlaku sebaik selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT.
Menurut laporan itu, salah seorang pembonceng motosikal tersebut telah mengeluarkan sebatang tukul besi dan mengetuk cermin belakang keretanya.
Ketukan itu menyebabkan Safiq terkejut dan memberhentikan kereta yang dinaiknya.
Dua lelaki yang tidak dikenali itu turut menunjukkan tukul ke arah Safiq.
Dalam laporan itu juga, Safiq memaklumkan dia terus mengundurkan kereta dan ke Balai Polis Larkin untuk membuat laporan polis.
Kejadian berkenaan juga disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, dan pihak polis sedang mengesan suspek terlibat.
View this post on Instagram
A post shared by Safiq Rahim (@sportsrevobysafiqrahim)
Topic Berkaitan
#Safiq Rahim
#cermin kereta pecah
#JDT
#Faisal Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami