awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ceroboh dekat dengan sempadan, taktik nelayan Vietnam elak dicekup - Maritim

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
19/01/2022
22:03 MYT
Ceroboh dekat dengan sempadan, taktik nelayan Vietnam elak dicekup - Maritim
Anggota pasukan APMM membuat rondaan di perairan negara bagi mengesan nelayan asing yang menceroboh sempadan negara. - Astro AWANI
PULAU REDANG: Menceroboh perairan Terengganu di kawasan antara lima hingga 10 batu nautika.
Itu antara modus operandi nelayan Vietnam bagi mengelak dicekup Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Menurut Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, kedudukan yang hampir dengan sempadan Vietnam-Malaysia itu memudahkan mereka meloloskan diri bagi mengelak ditahan.
Katanya, nelayan asing itu sering mengambil kesempatan menceroboh dan mencuri hasil laut di perairan negara ketika nelayan tempatan tidak keluar ke laut kerana musim monsun timur laut.
"Menurut rekod dan analisis kami daripada hasil risikan, sepanjang musim tengkujuh yang sedang berlaku di perairan pantai timur ini, berlakunya pencerobohan nelayan asing," katanya di sini semalam.
Muhammad Suffi berkata, 51 bot nelayan asing ditahan di negeri itu tahun lalu kerana menceroboh dan mencuri hasil laut di perairan negara.
Sebelum ini, 131 bot yang telah lucut hak ditenggelamkan di seluruh perairan Terengganu untuk dijadikan tukun tiruan bermula tahun 2010 sehingga kini.
Jumlah tersebut melibatkan nilai rampasan sebanyak RM196.5 juta dan merupakan isyarat ketegasan APMM dalam menangani masalah pencerobohan bot nelayan asing di perairan Terengganu.
Topic Berkaitan
#ceroboh
#nelayan vietnam
#APMM
#hasil laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan