awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen pemain warisan Harimau Malaya, 45 laporan diterima, lapan direkod keterangan
Kilang makanan sejuk beku di Puchong terbakar, tiada mangsa terlibat
[TERKINI] Isma Aliff meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ceroboh ruang udara: Ketegasan kerajaan beri kelegaan kepada rakyat - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
02/06/2021
11:23 MYT
Ceroboh ruang udara: Ketegasan kerajaan beri kelegaan kepada rakyat - Penganalisis
Noor Nirwandy meminta rakyat bertenang dan yakin dengan kemampuan agensi pertahanan negara menangani ancaman berkaitan keselamatan negara. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pintasan TUDM terhadap pencerobohan ruang udara negara dan ketegasan Kementerian Luar Negeri menghantar nota bantahan diplomatik kepada kedutaan China memberikan kelegaan pada rakyat negara yang jelas agak bimbang dengan keadaan pencerobohan ruang angkasa atau zon maritim negara baru-baru ini.
Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, kesiapsiagaan pertahanan negara selaras dengan perlaksanaan Strategi Pertahanan Udara Malaysia jelas membuktikan sistem pertahanan dan perisikan negara terutamanya TUDM berfungsi dengan baik.
"Rakyat diminta bertenang dan yakin dengan kemampuan agensi pertahanan negara menangani ancaman berkaitan keselamatan negara.
"Malaysia diperakui mempunyai keupayaan serantau dalam kaedah penyelesaian konflik melalui kaedah diplomatik dan kerjasama keselamatan serantau dan global yang berjaya menangani ancaman keselamatan terhadap negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: Ceroboh ruang udara: Kementerian Luar akan hantar notis bantahan kepada China - Hishammuddin
BACA: TUDM sahkan 16 pesawat tentera China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia
Sebelum ini, Kementerian Luar dilaporkan akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik kepada kerajaan China atas pencerobohan 16 pesawat milik tentera udara negara itu ke dalam ruang udara Malaysia.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, Noor Nirwandy menasihati kerajaan mengambil serius kejadian itu untuk merangka pelan jangka panjang dalam menaik taraf aset pertahanan dan perisikan negara.
"Ia terus memastikan TUDM dan agensi keselamatan berkaitan mempunyai kemampuan yang baik untuk terus mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah negara.
"Ini boleh dilakukan dengan memperincikan peruntukan perbelanjaan pertahanan negara dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang perlu dipinda berdasarkan tahap ancaman semasa dan mengambil input dapatan dari Dasar Keselamatan Negara di bawah Majlis Keselamatan Negara.
"Kerjasama Keselamatan serantau terutamanya yang melibatkan dari negara Indonesia yang akan mengubah ibu negaranya ke Kalimantan Timur dan negara yang terlibat dalam kawasan strategik Zon Maritim Laut China Selatan perlu diselaraskan di samping pengekalan hubungan diplomatik yang baik dari negara kuasa besar dunia termasuk China dan Amerika Syarikat," tegasnya.
Topic Berkaitan
#UiTM
#TUDM
#MKN
#Zon Maritim Malaysia
#RMK-13
#Diplomatik
#Hishammuddin Hussein
#China
#Indonesia
#Kementerian Luar
#Majlis Keselamatan Negara
#ceroboh ruang udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan