BEBERAPA pakar dalam dunia kecerdasan buatan (AI) memberikan amaran tahun in bahawa penggunaan AI tanpa kawalan boleh mengancam tamadun manusia. Dengan AI kini sudah melepasi tahap pertama kecerdasan am buatan (AGI), semakin banyak kerja yang dahulunya dilakukan manusia akan diambil alih.
Salah satu kerjaya yang terancam ialah bidang kewartawanan termasuk penyampai berita.
Channel 1 ialah saluran berita yang berpangkalan di Los Angeles dengan berita ditulis oleh AI dan disampaikan pula oleh hos yang juga adalah avatar digerakkan menggunakan AI.
Saluran ini akan ditawarkan percuma menerusi laman web sendiri, aplikasi telefon pintar, X.com dan penstriman dengan sokongan iklan.
Di masa hadapan, pembangun Channel 1 berkata pelanggan boleh memperibadikan sendiri rupa dan suara penyampai berita AI mengikut kehendak sendiri. Malahan bahasa berita disampaikan turut boleh diubah ke bahasa Inggeris, Yunani, Tagalog dan Tamil seperti diperlihatkan dalam video di atas.
Saluran ini akan menggunakan sumber berita daripada agensi terkemuka yang belum diumumkan pada waktu ini. Dengan ini hanya berita yang disahkan sahaja akan disampaikan kepada penonton. Menurut Channel 1, pelanggan mereka kelak turut akan mendapat berita yang diperibadikan dengan minat mereka setiap hari apabila ditawarkan menerusi aplikasi telefon pintar. Saluran berita kecerdasan buatan sepenuhnya ini akan dilancarkan tahun depan tetapi tarikh belum diumumkan.
Penggunaan AI menggantikan penyampai bukanlah idea baharu. China memulakannya pada tahun 2018 dengan di Malaysia ia digunakan oleh stesen radio Fly FM dan juga di Astro AWANI. - Amanz
Amanz
Thu Dec 14 2023
Channel 1 ialah saluran berita yang berpangkalan di Los Angeles dengan berita ditulis oleh AI dan disampaikan pula oleh hos yang juga adalah avatar digerakkan menggunakan AI. - Gambar/ Amanz
Tindakan bakar rumah Bajau Laut dikesali
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan melahirkan rasa kesal dengan tindakan membakar penempatan golongan Bajau Laut di Semporna baru-baru ini.
Kesan harga barang di Sabah, Sarawak & Labuan tidak terjejas
Penyasaran subsidi diesel di Semenanjung dijangka tidak beri kesan kepada harga barang keperluan di Sabah, Sarawak dan LabuanĀ - Fahmi
Tukar penggunaan bahan bakar alternatif lain- Abang Johari
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg beri cadangan tukar penggunaan diesel kepada bahan bakar alternatif lain.
Sarawak terima surat turun kuasa daripada KPM
Sarawak telah menerima surat arahan proses turun kuasa daripada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk projek-projek pembangunan pendidikaan di wilayah itu.
Apa sahaja bentuk bantuan, dapat bantu kami - Mangsa
30 pelajar mangsa kebakaran Kampung Cenderamata Limbungan, Batu Sapi terima bantuan kelengkapan sekolah.
Subsidi diesel: 'Sedih di hati bukan kepalang fikir kesan ke atas rakyat' - Muhyiddin
Kenaikan harga diesel sebanyak RM1.20 atau 56% berbanding sebelumnya adalah amat tinggi dan tindakan itu seolah-olah tidak mengendahkan nasib rakyat
Ketua parti The Republicans Perancis tolak pakatan dengan parti Macron
Ketua Parti The Republicans Perancis, Eric Ciotti, menolak kemungkinan untuk membentuk gabungan dengan Parti Renaissance yang dipimpin oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron.
Polis siasat pasangan tunggang skuter elektrik di Bukit Bintang
Perbuatan pasangan tersebut yang menunggang skuter elektrik di jalan awam boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau pengguna jalan raya yang lain.
Polis tumpas sindiket berselindung di sebalik syarikat keselamatan, rampas dadah RM7.5 juta
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang dipercayai berselindung di sebalik syarikat pengawal keselamatan.
Gagal beri penjelasan wang RM114,000 dalam akaun, kontraktor ubah suai rumah didenda RM1,000
Mahkamah membenarkan Muhammad Sadiq diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Channel 1 saluran berita guna sepenuhnya penyampai, penulis AI
Channel 1 ialah saluran berita yang berpangkalan di Los Angeles dengan berita ditulis oleh AI dan disampaikan pula oleh hos yang juga adalah avatar digerakkan menggunakan AI.