GADGETS
ChatGPT Study Mode dilancar bantu pelajar ulang kaji

OpenAI memperkenalkan ChatGPT Study Mode untuk menggalakkan pembelajaran aktif, di mana pelajar perlu berfikir dan menjawab sendiri sebelum mendapat jawapan. -Amanz
ADAKAH generasi pelajar semasa berhadapan dengan masa depan yang gelap disebabkan terlalu bergantung dengan ChatGPT?
Ringkasan AI
- Terdapat kebimbangan bahawa pelajar menjadi terlalu bergantung kepada ChatGPT, menyebabkan penurunan aktiviti otak dan kemalasan berfikir.
- OpenAI memperkenalkan ChatGPT Study Mode untuk menggalakkan pembelajaran aktif, di mana pelajar perlu berfikir dan menjawab sendiri sebelum mendapat jawapan.
- Ciri ini tersedia untuk semua jenis akaun dan akan diperluas kepada pengguna ChatGPT Edu dengan pelan langganan khas untuk pelajar.
Dalam Study Mode, ChatGPT boleh membantu pelajar melakukan ulang kaji.
Langkah berfikir untuk mendapatkan jawapan yang betul boleh dilihat dengan ia tidak terus memberikan jawapan kepada prom soalan yang diberikan seperti kebiasaannya.
Dalam Study Mode, pengguna boleh bertanya soalan secara lebih interaktif seakan dengan seorang guru manusia.
Sebagai contoh ia boleh memberikan formula fizik yang perlu digunakan untuk menjawab soalan dengan pengguna perlu memberikan jawapan sendiri sebelum pelajaran diteruskan.
Arahan memberikan mereka kuiz selepas mengulang kaji juga boleh diberikan kepada ChatGPT.
Dengan ciri ini, OpenAI berharap ChatGPT boleh membantu pengguna belajar dan bukan sekadar disuap.
ChatGPT Study Mode boleh digunakan hari ini oleh pemegang akaun Free, Plus, Pro, dan Team.
Ia kemudiannya akan dilancarkan untuk pengguna ChatGPT Edu dengan pelan langganan yang lebih mampu milik untuk golongan pelajar. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami