awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chegubard dan dua lagi dilepas tanpa dibebas

Bernama
Bernama
28/04/2014
12:16 MYT
Chegubard dan dua lagi dilepas tanpa dibebas
Ketua cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard'. --gambar fail
Ketua cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard' dan dua lagi dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan menganjurkan perhimpunan pada malam ambang tahun baharu sebagai membantah kenaikan harga barang serta cukai barang dan perkhidmatan (CBP).
Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Melissa Sasidaran berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menyifatkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan kerana peruntukan itu di luar batas kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan aman.
Azman berkata sehubungan itu, adalah tidak adil untuk meneruskan pendakwaan terhadap Chegubard, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, serta Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23, dan Pengarah Propaganda SAMM Edy Nor Reduan, 33.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja di sini antara 9 malam 31 Dis 2013 hingga 1 pagi 1 Jan lepas.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal memaklumkan Ketua Polis Dang Wangi 10 hari sebelum tarikh perhimpunan dan oleh itu, melanggar perintah mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000.
Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan menggugurkan pertuduhan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menganjurkan perhimpunan Black 505.
Dalam penghakimannya, mahkamah itu memutuskan bahawa polis boleh menguatkuasakan larangan terhadap perhimpunan seperti itu namun bukan menghukum penganjur dengan mendakwa mereka apabila gagal memberi notis 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.
Topic Berkaitan
#Badrul Hisham Shaharin
#Chegubard
#perhimpunan
#perhimpunan Black 505
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan