Pihak restoran Chili’s memohon maaf kepada seorang pelanggan berikutan satu insiden yang telah dirakam dan dimuat naik di Facebook.
Dalam video berkenaan, seorang pelanggan meluahkan ketidakpuasan hati setelah tidak dibenarkan membawa makanan dari luar.
“Kami akui insiden berkenaan berlaku pada hari Ahad di Chili's One Utama. Kami telah menghubungi pelanggan berkenaan dalam jam 1 tengah hari tadi. Permohonan maaf telahpun diterima.
“Kami memang mempunyai polisi dimana makanan luar tidak dibenarkan. Kejadian berlaku apabila pihak pengurus restoran ingin memberitahu pelanggan tentang polisi ini. Ini mungkin masalah komunikasi dan kami telah memohon maaf,” kata Pengarah Kawasan Chili’s Malaysia Nicholas Ngai.
Bagaimanapun Ngai enggan mengulas lebih lanjut tentang video berdurasi 1 minit 17 saat itu.
Beliau turut memahami bahawa bapa kepada pelanggan itu mempunyai diet yang khusus.
“Pada masa akan datang, kami akan memasak dan memenuhi permintaan bapanya jika dapur kami mempunyai bahan-bahan yang diperlukan,” tambah Ngai.
Video berkenaan dimuat naik di laman Facebook ‘Friends of BN’. Lelaki yang tidak dikenali dan memakai baju merah meluahkan ketidakpuasan hati dan mendakwa pengurus restoran mengarahkan mereka keluar dari restoran kerana membawa makanan dari luar. Ini kerana bapa kepada lelaki berkenaan mempunyai diet khusus yang tidak disediakan oleh restoran Chili's.
Walaupun memesan empat makanan dari menu Chili's, lelaki berkenaan berkata pihak restoran tidak dapat melayan mereka hanya kerana membawa satu makanan luar.
Syafique Shuib
Mon Aug 25 2014
Paparan skrin dari video YouTube yang dimuatnaik pada Ahad, 24 Ogos.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Chili's mohon maaf kepada pelanggan yang membawa makanan luar
Pelanggan itu mendakwa restoran Chili's enggan memberi layanan kerana membawa satu makanan dari luar untuk bapanya yang mempunyai diet khusus.