Pengumuman Liew Chin Tong yang akan meninggalkan kerusi Parlimen Kluang dan mempertaruhkan nasib di Ayer Hitam dilihat parti lawan sebagai bukti ketakutan Pengerusi DAP Johor itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn mendakwa, ketakutan Chin Tong itu dipercayai lahir dari magnitud gerak kerja kepimpinan Barisan Nasional (BN) di Kluang, dengan diketuai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Md Jais Sarday.
"Pasukan BN di sana dikatakan bekerja siang dan malam untuk memenangi hati dan perasaan pengundi Kluang.
"Kalau Pakatan Harapan (PH) merasakan dapat lari dan menyelamatkan anak emas Lim Kit Siang ini dari hilang dari persada politik pasca PRU14, mereka sebenarnya sudah melakukan satu kesilapan besar," kata Bastien semasa dihubungi pada Ahad.
BACA: #MalaysiaMemilih: Pakatan Harapan pertaruhkan Liew Chin Tong di parlimen Ayer Hitam
BACA: #MalaysiaMemilih: Mampukah MCA dan Gerakan bertahan di Johor?
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan Chin Tong akan meninggalkan kerusi Parlimen Kluang dan mempertaruhkan nasibnya di Ayer Hitam pada PRU14.
Saingan getir bakal menanti Chin Tong yang dijangka berdepan cabaran penyandang kerusi tersebut Datuk Seri Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA.
Dalam pada itu tegas Bastien, BN Johor akan memastikan Chin Tong tidak akan menang walaupun bertukar ke mana-mana kawasan.
"Dia mungkin boleh lari dari dihukum oleh pengundi Kluang, tetapi pengundi Ayer Hitam akan diberitahu tentang prestasi buruk perkhidmatannya di Kluang.
"Inilah strategi mereka, selain memindah pengundi, Ahli Parlimen juga dipindahkan.
"Rakyat di seluruh negara akan disedarkan bahawa selain menghasut dan menerbitkan kebencian rakyat kepada kerajaan, pembangkang juga mempunyai 'track record' tidak memberi khidmat kepada pengundi mereka," ujarnya.
Kata Bastien lagi, umum turut mengetahui bahawa Kit Siang sepi tanpa berita di Gelang Patah.
"Penduduk di Gelang Patah sudah patah hati apabila membandingkan khidmat yang diterima jiran mereka di Parlimen Pulai dan Johor Bahru di mana Ahli Parlimennya sering tampil menyelesaikan masalah penduduk.
"Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Datuk Nur Jazlan Mohamed mendekati pengundi mereka dengan cukup rapat. Ini dicerumbui pengundi di Parlimen Gelang Patah sendiri.
"Jadi, tidak pelik jika Kit Siang juga mengintai untuk berpindah. Mereka semua berasa kepanasan untuk menawarkan diri sekali lagi. Mereka tahu bahawa mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan pengundi dan mengulangi janji-janji harapan palsu yang sama," jelasnya.
Katanya, strategi pembangkang kini adalah cepat-cepat berpindah sebelum sempat dihukum oleh pengundi mereka sendiri.
"Pindahlah ke mana pun. Pengundi Johor sudah bertekad dan akan berkerjasama erat dengan BN untuk memastikan bahawa negeri ini kekal sebagai kubu kuat BN," tegasnya.
Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini berkata, hasil kajian mendapati mutu perkhidmatan wakil rakyat parti pembangkang di setiap kawasan diwakili adalah rendah malah ada di antara mereka tidak dikenali masyarakat setempat.
Astro Awani
Mon Mar 19 2018
BASTIEN: Ketakutan Chin Tong itu dipercayai lahir dari magnitud gerak kerja kepimpinan BN di Kluang sendiri. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.