BEIJING: Sasaran kualiti udara China pada tahun ini dilaraskan pada paras yang lebih tinggi berbanding paras purata tahun lalu, ujar pegawai rasmi kerajaan pada Khamis.
Reuters melaporkan, paras sasaran baharu itu diumumkan selepas pencemaran menunjukkan pengurangan yang nyata pada awal tahun 2020 berikutan sekatan pergerakan dan perintah berkurung gara-gara COVID-19.
China bagaimanapun akan cuba mematuhi paras purata partikel udara PM2.5 pada 34.5 mikrogram per meter kubik pada tahun 2021 ini, kata Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar pada Khamis.
Bacaan itu adalah lebih tinggi sedikit daripada purata 33 mikrogram yang didaftarkan di 337 buah bandar sepanjang tahun 2020.
Beijing merekodkan bacaan 38 mikrogram tahun lalu.
“Sasaran tahun ini (untuk kualiti udara yang bagus) agak lebih rendah daripada angka tahun 2020. Namun, jika anda mengetepikan impak pandemik pada kualiti udara, kadar PM2.5 adalah sekitar 35 mikrogram tahun lalu,” ujar ketua unit pencemaran udara di Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China, Liu Bingjiang.
Standard kualiti udara kebangsaan China kini pada paras 35 mikrogram per meter kubik. Angka itu sudahpun melebihi paras yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menetapkan pada paras tahunan tidak lebih 10 mikrogram.
Meskipun wilayah yang sering berjerebu di bahagian utara China telah menunjukkan status yang lebih baik dalam tahun-tahun kebelakangan, kepadatan 2.5PM sering saja meningkat ke paras berbahaya. Bacaan di Beijing ketika cuti Tahun Baharu Cina lalu telah melebihi 200 mikrogram.
Liu berkata, banyak lagi yang perlu dilakukan dalam masa lima tahun mendatang bagi menggantikan arang batu dengan sumber tanaga yang lebih bersih.
"Jika China tidak mengawal pertumbuhan penggunaan arang batu, ia akan memberi tekanan besar kepada iklim dan sasaran pencemaran,” ujarnya.
Jelas Liu, dalam tempoh tahun 2016 hingga 2020, penggunaan gas asli China berkembang sehingga 150 bilion meter kubik (bcm) dan mampu melonjak lagi 120bcm sepanjang tahun 2021hingga 2025.
Tambahnya, semua itu ‘tidak ada erti bagi sasaran iklim’, jika ia tidak digunakan bagi menggantikan arang batu.
Agensi
Thu Feb 25 2021

Pengunjung di lokasi pelancongan Tembok Besar di bahagian Mutianyu menghirup udara sebegini pada 13 Februari lalu. - Reuters

AWANI Ringkas: Elak gelombang keempat COVID-19 | Bazar boleh diarah tutup bila-bila masa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki dibunuh, mayat ditinggal dalam kebun getah
Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan kecederaan dipercayai dibunuh dalam sebuah kebun getah di Kampung Banggol Batu.

COVID-19: Australia sahkan individu kedua alami darah beku selepas suntikan AstraZeneca
Australia mengesahkan individu kedua telah didiagnosis dengan masalah darah beku selepas menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca.

AWANI Ringkas: Nilai R Naught meningkat | Pelajar Malaysia selamat dikebumi

COVID-19: Kes positif global melebihi 137.05 juta, kematian lebih 2.95 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.32 juta kes positif diikuti India dan Brazil.

AS tangguh penggunaan vaksin J&J susulan kes pembekuan darah
Ini bagi memberi ruang siasatan berkaitan laporan wujudnya masalah pembekuan darah kesan daripada penggunaan vaksin tersebut.

CEV: Pelumba ZK Racing azam sekat dominasi Jepun
Lima kejayaan podium yang diraih di Qatar menggambarkan betapa kedua-duanya mahu terus menggegar.

Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar
Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

Tentera AS bakal berundur dari Afghanistan 11 Sept depan
Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan.

ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.

Pencemaran udara sumbang peningkatan kematian COVID-19 - Kajian
Ia berdasarkan kajian dilakukan Profesor Biostatistik Kesihatan Awam, Francesca Dominici serta pasukannya dari Universiti Harvard.

Pemilik lori didenda RM60,000 lepas asap hitam lebih had
OKS didapati telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 22(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(3) akta yang sama.

New Delhi bandar paling tercemar di dunia tahun ketiga berturut-turut
Penilaian itu berdasarkan ukuran partikel udara PM2.5 yang mengancam sistem pernafasan manusia.

JAS arah dua kilang kitar semula plastik henti operasi kerana pencemaran
Salah sebuah kilang berkenaan menjalankan operasi kitar semula sisa plastik tanpa kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

Tiga kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat
Kawasan di sekitar Shah Alam kelihatan agak berjerebu dengan bacaan IPU 96, setakat pukul 8.00 pagi.

China benarkan paras pencemaran udara lebih tinggi 'sedikit' tahun ini
Standard kualiti udara kebangsaan China kini pada paras 35 mikrogram per meter kubik, yang sudahpun melebihi paras yang disyorkan WHO.

1.67 juta nyawa jadi korban di India pada 2019, semuanya gara-gara pencemaran udara
Tuntutan kepesatan ekonomi India seolah-olah berkadar langsung dengan angka korban rakyatnya akibat pencemaran.

Kualiti udara di Lahore pada tahap paling bahaya
Pencemaran udara di Lahore kini dikategorikan sebagai paling bahaya, memberi tekanan kepada pasukan perubatan yang kini berdepan cabaran peningkatan kes positif COVID-19.

Pencemaran udara di New Delhi kembali meningkat selepas sekatan tamat
Pencemaran udara di New Delhi kembali ke tahap biasa iaitu tiga kali lebih tinggi daripada yang disyorkan secara rasmi.

Asap debu Gunung Sinabung dijangka masuki ruang udara Malaysia, IPU tidak terjejas - MetMalaysia
Jailan berkata, keadaan ini hanya boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras ketinggian 1,524 meter hingga 4,267 kaki dari permukaan.