awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China nafi lakukan penghapusan etnik minoriti

Hilmi Malik
Hilmi Malik
23/02/2021
00:09 MYT
China nafi lakukan penghapusan etnik minoriti
Menteri Luar China, Wang Yi menyifatkan penempatan kem terhadap golongan minoriti itu sebagai pusat latihan vokasional. -Gambar fail/AP
BEIJING: China tidak bersetuju dakwaan negara itu menjalankan kegiatan penghapusan etnik seperti didakwa beberapa negara.
Malah, menurut Menteri Luar China, Wang Yi menyifatkan penempatan kem terhadap golongan minoriti itu sebagai pusat latihan vokasional.
Usaha itu juga menurutnya langkah bagi mengurangkan pengaruh ekstremis Islam.
"Tempat yang dihuni etnik minoriti seperti di Xinjiang dan Tibet memperlihatkan contoh kemajuan hak asasi manusia China," katanya pada sebuah forum mengenai hubungan Amerika Syarikat (AS)-China di Beijing.
Beberapa negara, antaranya Amerika Syarikat, mendakwa tindakan itu ibarat pembunuhan beramai-ramai.
Wang Yi menerusi ucapannya turut mengemukakan falsafah, amalan dan pengalaman China dalam melindungi hak asasi manusia.
Kumpulan Hak Asasi Manusia percaya sekurang-kurangnya sejuta etnik Uighur serta minoriti lain yang kebanyakannya beragama Islam dipenjarakan di kem tersebut di barat laut Xinjiang.
Menurutnya, golongan itu juga berdepan sekatan keras untuk mengamalkan agama dan budaya mereka di bawah kerajaan China.
Wang Yi bagaimanapun menjelaskan, pihaknya sentiasa komited dalam melindungi hak asasi manusia.
"Kami percaya bahawa hak untuk hidup dan pembangunan adalah hak asasi manusia yang sangat penting," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#China
#Uighur
#etnik minoriti
#wang yi
#pusat latihan vokasional
#Xinjiang
#Tibet
#pembunuhan beramai-ramai
#kumpulan hak asasi manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan