awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Anak Putera Mahkota Norway disyaki terlibat kes rogol
DUNIA
Gaza temui dadah dalam bantuan AS-Israel, desak siasatan antarabangsa
DUNIA
Krisis kesihatan di Tebing Barat kian parah, halangan akses dan kekurangan kritikal - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Cikgu Ali berpanas baiki sekolah dilanda ribut

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2021
21:45 MYT
Sponsor Banner
Cikgu Ali berpanas baiki sekolah dilanda ribut
Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ali menyewa sebuah jentera berat skylift bagi membaiki kerosakan bumbung sekolah. -Gambar Facebook Mohamad Ali Mohamad
MELAKA: Sanggup berpanas membaiki bumbung sekolah yang rosak dilanda ribut.
Itu yang dilakukan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad bagi memastikan proses pembelajaran anak murid sekolah tidak terganggu.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Negara itu berkata ia dilakukan untuk keselesaan proses pembelajaran murid di situ.
“Walaupun pancaran cahaya matahari sangat terik ia tidak menghalang semangat saya untuk membantu membaiki Adec yang rosak.
"Ini semua kerana kasih dan sayang saya kepada anak-anak murid yang dikasihi.
“Walaupun saya seorang bekas guru, tetapi semangat keguruan tetap tersemat di dalam hati dan jiwa saya.
"Kerana itu, apa yang saya lakukan ini adalah untuk keselesaan proses pembelajaran anak-anak memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.
“Ini juga pengorbanan dan kasih sayang para guru kepada anak didikannya,” katanya melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook malam tadi.
Sumber Facebook DSMohamadAliMohamad
Beberapa atap jubin di SK Kg Gelam mengalami kerosakan setelah di landa ribut pada Selasa.
Bertindak dari aduan orang ramai, Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ali segera menyewa sebuah jentera berat ‘skylift’ bagi membaiki kerosakan tersebut.
Paling menarik beliau sendiri turut kelihatan menaiki jentera tersebut bagi membantu kerja-kerja pembaikan.
Topic Berkaitan
#UMNO Tangga Batu
#Mohamad Ali Mohamad
#bumbung sekolah
#Timbalan Speaker Dewan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami