Cikgu E meninggal dunia, lebih setahun berjuang lawan tiga jenis kanser

Pejuang kanser yang mesra disapa sebagai Cikgu E disahkan meninggal dunia pada Selasa. - Foto FB Nassry Mardee Ismail IV
IPOH: Bekas guru yang menjadi perhatian media sosial kerana tabah melawan tiga jenis kanser, Nassry Mardee Ismail, 45, atau lebih mesra disapa Cikgu E, meninggal dunia pada Selasa.
Ringkasan AI
- Bekas guru yang dikenali sebagai Cikgu E yang berjuang lawan tiga jenis kanser dilaporkan meninggal dunia pada Selasa. Pemergian beliau menyebabkan kesedihan mendalam di kalangan keluarga, rakan-rakan, dan bekas murid yang menghormati beliau sebagai seorang pendidik yang ceria dan bersemangat.
- Sebelum kematian beliau, Cikgu E telah berjuang melawan kanser buah pinggang, kelenjar, dan paru-paru tahap empat sejak Mac 2024. Walaupun hanya mempunyai fungsi paru-paru sebanyak 30 peratus, beliau terus mencari rawatan immunotherapy ganda yang memerlukan kos tinggi.
- Arwah Cikgu E juga pernah memerlukan dana sebanyak RM200,000 untuk rawatan, selepas perlindungan takaful yang ada tidak mencukupi. Kehilangan beliau meninggalkan kesan besar kepada masyarakat yang mengikuti perjuangan dan ketabahan beliau.
"Semoga Allah mengampuni, merahmati dan memuliakan beliau, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan ahli syurga,” tulis hantaran di akaun Facebook milik Allahyarham yang turut disertai bacaan surah al-Fatihah.
Pemergian Cikgu E membawa kesedihan mendalam kepada keluarga, rakan-rakan dan bekas anak murid yang mengenali beliau sebagai seorang pendidik ceria serta bersemangat tinggi meskipun berdepan harapan tipis.
Sebelum ini, kisah perjuangan Cikgu E menentang tiga jenis kanser iaitu kanser buah pinggang, kanser kelenjar dan kanser paru-paru tahap empat sejak Mac 2024 meraih simpati orang ramai.
Walaupun fungsi paru-paru Allahyarham hanya tinggal sekitar 30 peratus, arwah terus berusaha mendapatkan rawatan double immunotherapy, ia menelan kos tinggi.
Bapa kepada lima orang anak berusia antara lapan hingga 19 tahun itu pernah memerlukan dana kira-kira RM200,000 bagi menampung rawatan selepas perlindungan takaful yang sedia ada tidak mencukupi.
Difahamkan jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al Ansar di Meru dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya, di sini pada malam Selasa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah penyakit yang dialami oleh bekas guru yang terkenal di media sosial itu? A: Bekas guru yang terkenal, Nassry Mardee Ismail, melawan tiga jenis kanser iaitu kanser buah pinggang, kanser kelenjar, dan kanser paru-paru tahap empat.
- Q: Bagaimanakah reaksi masyarakat terhadap pemergian Nassry Mardee Ismail? A: Pemergian Nassry Mardee Ismail menyebabkan kesedihan mendalam di kalangan keluarga, rakan-rakan, dan bekas anak murid yang mengenali beliau sebagai seorang pendidik yang ceria dan bersemangat tinggi.
- Q: Bagaimanakah Nassry Mardee Ismail mendapatkan bantuan kewangan untuk rawatan kansernya sebelum ini? A: Nassry Mardee Ismail pernah memerlukan dana kira-kira RM200,000 untuk rawatan kanser selepas perlindungan takaful yang sedia ada tidak mencukupi, dan beliau berusaha mendapatkan rawatan double immunotherapy walaupun menelan kos yang tinggi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

