BOGOTA: Majoriti rakyat di Colombia kini bergelut dengan masalah catuan air apabila takungan di negara itu kering.

Menurut Ntional Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75 peratus daripada kapasitinya.

Media tempatan melaporkan Rabu bahawa paras air menunjukkan kurang 3.06 peratus daripada paras terendah seperti yang dicatatkan pada April sepanjang 20 tahun sebelumnya.

Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.

Ia membawa kepada kebakaran hutan di seluruh negara dan mendorong takungan ke paras terendah dalam beberapa dekad.

Di bandar Santa Marta di Caribbean, sebuah trak air membawa air kepada penduduk, yang membentuk barisan panjang untuk mengisi tangki mereka.

Masalah itu dijangka berpanjangan untuk tempoh yang lama.