awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan pindah gajah rosak tanaman penduduk di Hulu Besut

Bernama
Bernama
11/05/2024
07:19 MYT
Perhilitan pindah gajah rosak tanaman penduduk di Hulu Besut
Dua ekor gajah denak, Indah (kanan) dan Suria (kiri) sedang membantu menaikkan gajah liar ke atas lori dalam operasi memindahkan gajah liar di Kampung Pak Sik, Keruak, Hulu Besut pagi ini. - Foto Bernama
JERTIH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya memindahkan seekor gajah jantan yang berkeliaran sejak dua minggu lepas di Kampung Pak Sik di Hulu Besut, dekat sini hari ini.
Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata gajah itu ditangkap pada Rabu lepas setelah dua hari usaha mengesannya dilakukan, sebaik sahaja pihaknya menerima aduan mengenai haiwan itu yang merosakkan tanaman penduduk kampung
"Seramai 21 anggota Perhilitan Terengganu danJohor, serta ibu pejabat Perhilitan, terlibat dalam operasi memindahkan gajah itu.
"Operasi ini turut dibantu oleh dua ekor gajah denak iaitu Suria dan Indah yang dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi memindahkan gajah berkenaan.
Beliau berkata operasi menaikkan gajah liar seberat dua tan itu bermula pukul 8.30 pagi tadi dan selesai kira-kira tiga jam kemudian.
Loo berkata gajah yang berada dalam keadaan sihat itu akan dipindahkan ke kawasan habitat semula jadi yang lebih sesuai dan selamat.
"Dengan penangkapan dan pemindahan gajah ini, ia sekali gus dapat mengelak kerugian lebih besar dialami penduduk kampung di sini, yang dianggarkan boleh mencecah sehingga RM1 juta memandangkan kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai jenis tanaman seperti kelapa sawit, pisang dan tanaman lain," katanya.
Beliau berkata pemindahan gajah hari ini merupakan operasi yang ketiga dilaksanakan di Terengganu, dengan operasi pemindahan sebelum ini yang pertama melibatkan seekor gajah di Dendong, Besut, dan kedua di Merang, Setiu.
Menurutnya setiap operasi menangkap dan memindahkan seekor gajah akan melibatkan kos antara RM50,000 hingga RM70,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#pindah gajah jantan
#Hulu Besut
#berkeliaran
#Jertih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan