Sebagai pasaran automatif tunggal yang paling besar di dunia, China memang mendapat tumpuan semua syarikat tidak kira kecil atau besar. Dan secara mudahnya, syarikat induk memberi pelepasan kepada wakil mereka di China untuk menarik perhatian rakyat negara itu melalui produk-produk yang khas direka untuk memenuhi kehendak pembeli tempatan.

Honda juga turut melakukan langkah yang sama. Honda Motor (China) Investment Co. Ltd. (HMCI), iaitu anak syarikat milik Honda sepenuhnya di China telah menampilkan sebuah SUV konsep yang dinamakan Concept D baru-baru ini.

Concept D ini ditempatkan sebagai sebuah SUV premium hanya untuk pasaran China yang menampilkan ruang kabin luas serta kualiti pemanduan yang tinggi.

Sebagai model ‘flagship’ jenama ini di pasaran tersebut apabila siap kelak, Concept D ini dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang tinggi dan pelabgai ciri-ciri termaju.

Buat masa ini, tiada tarikh sasaran sebelum konsep ini dapat sampai ke peringkat pengeluaran.