awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Conteng ayat 'Babi': Tiba masanya kajian terhadap hukuman lebih berat dilaksana

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2016
14:49 MYT
Conteng ayat 'Babi': Tiba masanya kajian terhadap hukuman lebih berat dilaksana
Semalam, selain mendenda Tan sebanyak RM100, Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias turut menasihati tertuduh, Tan Yeoh Foong, 53, supaya tidak mengulangi perbuatannya itu. - Gambar fail
Jabatan Peguam Negara tidak akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadap seorang ibu tunggal, Tan Yeoh Foong yang didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam berikutan menulis perkataan kurang sopan “Babi” di atas kertas saman trafik yang diterimanya.
“Jabatan Peguam Negara mengambil maklum bahawa hukuman yang dijatuhkan ini adalah hukuman maksimum yang dibenarkan di bawah peruntukan tersebut. Oleh yang demikian, rayuan ke atas hukuman tidak akan dibuat,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini.
Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara juga berpandangan bahawa sudah tiba masanya kajian terhadap hukuman yang diperuntukkan di bawah peruntukan tersebut dilaksanakan agar hukuman yang lebih bersesuaian dikenakan.
Kenyataan Jabatan Peguam Negara
Kenyataan Jabatan Peguam Negara
Semalam, selain mendenda Tan sebanyak RM100, Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias turut menasihati tertuduh, Tan Yeoh Foong, 53, supaya tidak mengulangi perbuatannya itu.
Tertuduh yang mengaku bersalah didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.
Mengikut kertas pertuduhan, Tan didakwa menulis perkataan kurang sopan, iaitu "babi" di atas kertas saman yang diterimanya, di Jalan Tun Abdul Razak Johor Bahru kira-kira 8.55 pada malam Rabu.
Peguam tertuduh memohon agar mahkamah mengenakan hukuman yang ringan memandangkan tertuduh merupakan suri rumah, tidak lagi bekerja serta menghidap penyakit anemia dan sentiasa berada dalam keadaan lemah, yang dipercayai mempengaruhi emosi tertuduh yang tidak stabil.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir yang membawa kes berkenaan meminta mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal memandangkan kejadian seumpama itu disifatkan semakin berleluasa sehingga mengganggu penguatkuasa menjalankan tugas mereka.
Topic Berkaitan
#Azlan Shah Mohd Allias
#Babi
#denda RM100
#ibu tunggal
#kertas saman trafik
#menulis perkataan kurang sopan
#Tan Yeoh Foong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan