awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 ditahan kes pergaduhan bersenjata di Lukut
YAPEIM sasar kutip RM70 juta dana infak tahun ini - Zulkifli
Enam lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan di Melaka Raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Coutinho akhirnya ke Bayern Munich secara pinjaman semusim, dengan pilihan pembelian

Israr Khalid
Israr Khalid
19/08/2019
09:48 MYT
Coutinho akhirnya ke Bayern Munich secara pinjaman semusim, dengan pilihan pembelian
Coutinho harap dapat temui semula sentuhan magisnya di Bavaria. - Foto Reuters
DRAMA masa depan Philippe Coutinho akhirnya terjawab apabila secara rasminya melengkapkan perpindahannya dari Barcelona dengan menyertai Bayern Munich secara pinjaman untuk seluruh musim 2019/2020.
Jagoan Bundesliga menambat khidmat pemain sayap Brazil itu dengan bayaran 8.7 juta Euro, dengan tawaran pilihan pembelian bernilai 120 juta Euro selepas berakhirnya musim.
Gajinya yang dianggar sekitar 262,000 Euro seminggu juga akan dibayar sepenuhnya oleh Bayern, dipercayai meletakkannya di tempat keempat bayaran gaji mingguan paling tinggi selepas Thomas Muller, Manuel Neuer dan Robert Lewandowski.
“Bagi saya, perpindahan ini bererti cabaran baharu di negara baharu bersama salah satu kelab terbaik di Eropah. Saya tidak sabar.
“Seperti FC Bayern, saya ada impian besar dan saya yakin dapat mencapainya bersama dengan rakan sepasukan baharu,” kata pemain berusia 27 tahun itu.
#ServusCoutinho! https://t.co/dYTK6kjTJB pic.twitter.com/Sz7LTFwNvw
— FC Bayern English (@FCBayernEN) August 19, 2019
Sejak berpindah dari Liverpool untuk merealisasikan impian sejak kecilnya dengan menyertai Barca pada 2018, Coutinho gagal menyesuaikan dirinya dan tidak dapat menampilkan potensi sebenar sepertimana di Anfield.
Walaupun melakar rekod 21 gol dan 11 bantuan jaringan dalam 75 perlawanan, selain menikmati kejuaraan La Liga dan Copa Del Rey, Coutinho tidak gembira berada di bawah bayang-bayang sosok besar Lionel Messi dan Luis Suarez yang merajai Nou Camp.
Dia berharap dapat menemui semula sentuhan magisnya di Allianz Arena, memandangkan kelompongan perlu diisi daripada pemergian Franck Ribery dan Arjen Robben yang menemui penghujung kontrak serta kembalinya James Rodriguez ke Real Madrid selepas dua musim dipinjamkan daripada Real Madrid.
Topic Berkaitan
#Allianz Arena
#barcelona
#Bayern Munich
#bola sepak
#Bundesliga
#La Liga
#Lionel Messi
#Nou Camp
#perpindahan
#Philippe Coutinho
#pinjaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan