awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Brew Nation Kitchen lebih bergaya bersama Astro BizOne
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
AFCON: Tuan rumah tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVIC-19: Saudara-mara jemaah tabligh, diminta bantu lapor lokasi mereka - Ismail Sabri

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/03/2020
06:33 MYT
COVIC-19: Saudara-mara jemaah tabligh, diminta bantu lapor lokasi mereka - Ismail Sabri
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon saudara-mara jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan ijtimak di Masjid Sri Petaling untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui lokasi mereka.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memohon saudara-mara jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan ijtimak di Masjid Sri Petaling untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui lokasi mereka.
Beliau berkata, polis telah mengesan hampir 9,000 jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan ijtimak di Masjid Sri Petaling, setakat Ahad ini.
"Saya menyeru kepada semua jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan itu untuk tampil membuat saringan kesihatan dan kuarantin.
“Kematian yang berlaku di Sarawak bukan saja jemaah tabligh itu sendiri, tetapi keluarganya juga, jadi bukan hanya jemaah tabligh yang berisiko tinggi tetapi keluarga mereka juga.
“Saya harap mereka tampil kerana polis telah mengenal pasti mereka dan akan ke rumah untuk mengesan mereka,” katanya dalam sidang media pada Ahad.
Ismail Sabri berkata, jemaah tabligh tidak ditangkap atau ditempatkan di dalam lokap atau penjara namun hanya akan dibawa ke klinik dan hospital.
“Ini untuk menjaga keselamatan dan kesihatan mereka dan keluarga mereka, jadi saya menyeru saudara-mara yang mana tahu lokasi mereka tolong laporkan,” jelasnya.
KKM sebelum ini memaklumkan, siasatan pihaknya mendapati kira-kira 16,000 peserta menyertai himpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang berlangsung antara 28 Februari hingga 2 Mac lalu, membabitkan 14,500 rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#COVID19
#Hospital
#ismail sabri yaakob
#Jemaah tabligh
#klinik
#koronavirus
#kuarantin
#lokap
#Masjid Sri Petaling
#Menteri Kanan
#polis
#Sarawak
#saringan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan