AstroBIZ: Brew Nation Kitchen lebih bergaya bersama Astro BizOne

Benjamin (foto) berkata, inisiatif seperti Kempen Astro BizOne Rewards menjadi pembakar semangat untuk beliau dan seluruh kakitangan terus kekal menyediakan makanan, servis dan hiburan terbaik untuk semua pengunjung restoran. - Foto Astro
SHAH ALAM: Dalam landskap makanan yang semakin kompetitif, Brew Nation Kitchen tampil dengan pendekatan yang menitikberatkan pengalaman pelanggan sebagai nilai utama, melangkaui sekadar penyediaan hidangan.
Ringkasan AI
- Dalam landskap makanan yang semakin kompetitif, Brew Nation Kitchen tampil dengan pendekatan yang menitikberatkan pengalaman pelanggan sebagai nilai utama, melangkaui sekadar penyediaan hidangan.
- Menawarkan hidangan barat dan lokal berkualiti tinggi, restoran ini menggabungkan servis cemerlang dengan elemen hiburan dan siaran sukan langsung menerusi Astro Bizone, sekali gus menjadikan waktu makan lebih hidup dan bermakna untuk semua lapisan masyarakat.
- Usaha berterusan itu turut melayakkan Brew Nation Kitchen muncul sebagai antara pemenang Kempen Astro Bizone Rewards, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi makan dan hiburan pilihan di Shah Alam.
- Menurut Pengurus Brew Nation Kitchen, Benjamin Arokiasamy, kehadiran Astro Bizone memberi kesan besar kepada tarikan pelanggan dan pertumbuhan perniagaan restoran tersebut.
Menurut Pengurus Brew Nation Kitchen, Benjamin Arokiasamy, kehadiran Astro Bizone memberi kesan besar kepada tarikan pelanggan dan pertumbuhan perniagaan restoran tersebut.
“Selepas Astro BizOne masuk ke perniagaan kita sebagai salah satu sokongan terbesar, sokongan BizOne ini dapat menarik pelanggan-pelanggan yang baharu.
“Pelanggan daripada semua kaum menonton Astro dan rancangan siaran langsung di sini termasuk perlawanan bola, terutama mereka daripada golongan muda.
“Kerana sokongan yang diberi oleh Astro BizOne dengan pelbagai tayangan program, kita dapat menambah baik perniagaan kita dari masa ke semasa,” katanya ketika ditemu bual di Brew Nation Kitchen, di sini.

Antara makanan pilihan ramai di Brew Nation Kitchen termasuk Pizza Kambing Varuval, Grilled Salmon, Smoked Duck Aglio Olio, Nasi Goreng Kampung dan banyak lagi. - Foto Astro
Menurut Benjamin, suasana restoran menjadi lebih meriah terutama ketika siaran langsung sukan dengan pelanggan hadir bukan sekadar untuk menjamu selera, tetapi turut berkongsi detik menghiburkan bersama.
Pengalaman itu turut dikongsi pelanggan, Sasikala Thiagaraja yang melihat Brew Nation Kitchen sebagai lokasi selamat dan lengkap untuk seisi keluarga.
“Bagi suasana seperti ini dengan makanan yang sangat sedap dan hiburan menarik, saya rasa saya tidak menemukan lagi pengalaman ini di tempat lain.
“Ia juga tempat yang sangat sesuai untuk keluarga, terutama kanak-kanak. Tempat ini selamat, sangat selamat untuk wanita, remaja dan semua pengunjung,” jelasnya.
Bagi peminat sukan seperti Navindran Kallaisilvam pula, siaran langsung melalui Astro Bizone menjadikan restoran ini ruang pertemuan yang mengeratkan hubungan sesama pelanggan tanpa mengira pasukan kegemaran.
“Saya rasa ini tempat yang sangat bagus untuk menonton perlawanan bola sepak.
“Semua pelanggan boleh datang dan menikmati perlawanan bersama-sama. Ia membina satu ikatan yang erat antara penyokong bola sepak dari seluruh pelusuk negara malah, dunia,” ujarnya.

Pelbagai aneka pilihan minuman mocktails turut disajikan, sesuai untuk mereka yang mencari kesegaran dengan sentuhan elegan . - Foto Astro
Gabungan makanan berkualiti, perkhidmatan yang baik serta hiburan berterusan menerusi Astro Bizone menjadikan Brew Nation Kitchen contoh bagaimana perniagaan F&B boleh terus kekal relevan, berdaya saing dan dekat di hati pelanggan.
Orang ramai juga berpeluang menikmati pelbagai kelebihan serta pendedahan perniagaan menerusi penyertaan dalam Kempen Astro BizOne Rewards bagi siri yang akan datang.
Langgan Astro Bizone sekarang dan rebut peluang untuk mengembangkan perniagaan anda.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


