KUALA LUMPUR: Sebanyak 186 kes iaitu 0.81 peratus daripada 23,100 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan semalam terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan baki 22,914 kes atau 99.19 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua, pertambahan kes baharu ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,442,736 kes.
"Daripada 186 kes kategori tiga, empat dan lima yang dilaporkan, 39 kes tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi, 84 kes telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak," katanya.
Beliau berkata pada semalam, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah sebanyak 1,555 kes dan daripada jumlah itu, 592 kes (38.1 peratus) adalah kategori tiga, empat, dan lima manakala baki 963 kes (61.9 peratus) terdiri daripada kategori satu dan dua.
Mengenai jumlah kes sembuh, sebanyak 30,624 kes dilaporkan menjadikan kumulatif kes sembuh 3,116,564 di mana kes sembuh melebihi kes baharu.
Mengenai penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) COVID-19 di hospital, Dr Noor Hisham berkata lapan negeri menunjukkan peratusan pengisian 50 peratus atau lebih iaitu Sabah sebanyak 53 peratus, Perlis (55 peratus), Perak (58 peratus), Kuala Lumpur (65 peratus), Putrajaya (67 peratus), Melaka (61 peratus), Johor (63 peratus) dan Kelantan (70 peratus).
Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiap siaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), hospital dan ICU.
Mengenai perbezaan data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori satu hingga lima yang baru didiagnosis setiap hari, beliau memaklumkan perkara itu disebabkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik iaitu mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.
"Misalnya, semasa didiagnosis, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori tiga atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital.
"Pada masa sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi daripada kategori satu dan dua yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,555 kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital semalam dan daripada jumlah itu, 592 (38.1 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima - Gambar fail
SPRM tahan CEO syarikat pembekalan air, pemilik syarikat
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.
Menteri Kabinet zahir penghargaan kepada warga pekerja
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan warga pekerja dengan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa'.
Bayi maut disyaki akibat didera, polis tahan empat individu
Polis menahan empat individu di sekitar sini yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dipercayai akibat didera, minggu lalu.
Rasuah RM3.3 juta: CEO syarikat air, pemilik syarikat ditahan
Ketua pegawai eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat ditahan semalam berkaitan kes rasuah dan tuntutan palsu RM3.3 juta.
Sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbang lebih RM16 juta kepada asnaf di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.
Maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bantuan itu diagih sejak sebelum syawal berjumlah RM16.1 juta kepada 32,250 asnaf di ketiga-tiga wilayah yang mana RM500 diberikan kepada setiap seorang.
Maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bantuan itu diagih sejak sebelum syawal berjumlah RM16.1 juta kepada 32,250 asnaf di ketiga-tiga wilayah yang mana RM500 diberikan kepada setiap seorang.
Keputusan rayuan Siti Bainun sabitan salah abai, aniaya Bella esok
Keputusan itu akan diputuskan Hakim, Datuk Noorin Badaruddin pada jam 10 pagi.
Sabah, Sarawak setuju pinda Ordinan Buruh
Kerajaan Sabah dan Sarawak kerana bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) bagi diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, MASA gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.
Apple dijangka tambah ciri AI pada Safari melalui iOS 18
Ciri kecerdasan buatan pada Safari kelak akan memudahkan beberapa proses pelayaran.
'Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud'
Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.