awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,070 kes baharu, Selangor catat angka tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2021
09:05 MYT
COVID-19: 1,070 kes baharu, Selangor catat angka tertinggi
Menurut Dr Noor Hisham, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 327 kes jangkitan. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,070 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 352,029 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 327 kes jangkitan.
Ini diikuti oleh Sarawak dengan 225 kes dan Pulau Pinang sebanyak 133 kes," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media harian pada Isnin.
Pecahan kes mengikut negeri pada 5 April 2021 (1,070) pic.twitter.com/EfDp1mHan3
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) April 5, 2021
Sementara itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,294 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 336,456 kes, manakala keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 14,278.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan tujuh kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,295.
Katanya, seramai 180 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 89 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Selain itu, katanya terdapat enam kluster baharu yang telah dikenal pasti hari ini yang melibatkan kluster tempat kerja dan komuniti.
Enam kluster itu termasuk lima kluster tempat kerja yang dinamakan Kluster Lorong Dua, Taman Komersial, Jalan Inovasi, Mata Kuching dan Persiaran Utama. Sementara kluster komuniti adalah Kluster Bukit Sera.
Topic Berkaitan
#Twitter
#COVID-19
#kes baharu
#Malaysia
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kematian
#Kes sembuh
#selangor tertinggi
#sarawak kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan