awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye

COVID-19: 1,240 kes baharu, 7 kematian dilaporkan

Astro Awani
Astro Awani
26/10/2020
10:15 MYT
COVID-19: 1,240 kes baharu, 7 kematian dilaporkan
Negeri Sabah terus mencatat jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 927 kes (74.8 peratus).
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,240 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan angka kumulatif kes positif pandemik itu di Malaysia adalah sebanyak 27,805 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu dua kes merupakan penularan dari luar negara.
“Dua kes import melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara Rusia yang dikesan di Selangor manakala Ukraine dikesan di Wilayah Persekutuan Labuan.
“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini adalah sebanyak 9,744 kes,” katanya dalam sidang media pada Isnin.
Daripada keseluruhan angka terbaharu kes positif COVID-19, Sabah terus menjadi penyumbang terbesar kes penularan dengan pertambahan kes sebanyak 927 kes diikuti kawasan Lembah Klang dengan pertambahan sebanyak 194 kes.
KKM turut melaporkan setakat hari ini terdapat sebanyak tujuh kes kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini sebanyak 236 kes.
Sementara itu menurut Noor Hisham, sebanyak 94 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu sebanyak 31 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 691 kes yang dilaporkan telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara adalah sebanyak 17,825 kes.
COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sabah
#kes tertinggi
#tujuh kematian
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.