KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara catat sedikit penurunan kepada 1,307 kes berbanding 1,639 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak lima kes kematian dicatat semalam, dan satu daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan, (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,083 dan 95.1 peratus atau 23,866 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,160 kes dirawat di hospital dengan 36 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 1,830 kes sembuh.