awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taekwondo: Korea Selatan hasrat kerjasama dengan Korea Utara bagi penyenaraian UNESCO
Sekolah ditutup susulan gelombang sejuk landa China
SPRM tumpu dakwaan pengubahan wang haram RM2.5 bilion babitkan IJM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas meninggal dunia selepas aktiviti menyelam di Pulau Tioman

Bernama
Bernama
06/07/2025
01:15 MYT
Warga emas meninggal dunia selepas aktiviti menyelam di Pulau Tioman
Pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah, dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang lelaki warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas melakukan aktiviti menyelam di pantai Kampung Paya, Pulau Tioman, Rompin semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mangsa, Low Choon Foi, 72, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terbaring di tepi pantai kira-kira 7.40 malam oleh rakannya, selepas mereka ke lokasi itu untuk menyelam sekitar 6.30 petang.
"Rakan mangsa kemudian mendapatkan bantuan pihak pengurusan tempat penginapan mereka untuk membawa Low ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek, sebelum beliau disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 9.20 malam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sharif Shai berkata pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah, dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti menyelam supaya memastikan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal berada dalam keadaan baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#meninggal dunia
#aktiviti menyelam
#Pulau Tioman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan