awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,503 kes positif di Sarawak, 19 kes kategori 3,4 dan 5

Astro Awani
Astro Awani
06/10/2021
09:32 MYT
COVID-19: 1,503 kes positif di Sarawak, 19 kes kategori 3,4 dan 5
11 lokaliti itu melibatkan tujuh daerah dikenakan PKPD bermula 4 Oktober sehingga 15 Oktober 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sarawak kekal merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 1,503 kes dicatatkan pada Rabu.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, 19 kes melibatkan pesakit kategori tiga, empat dan lima.
‘’395 kes atau 26.28 peratus merupakan pesakit kategori satu dan 1,089 kes atau 72.46 peratus merupakan pesakit bagi kategori dua.
‘’Bagi kategori tiga, empat kes atau 0.27 peratus dilaporkan, dua kes atau 0.13 peratus melibatkan kategori empat dan 13 kes atau 0.86 peratus kategori lima,’’ katanya.
Selain empat daerah di negeri itu kekal merekodkan angka kes positif tiga angka termasuk Kuching dengan 427 kes, Miri (203), Bau (159) dan Sibu (154).
BACA: COVID-19: 9,380 kes baharu, Sarawak kekal tertinggi
Manakala hanya satu daerah melaporkan sifar kes positif iaitu Tanjung Manis.
Antara lain, 22 kes kematian dilaporkan bermula 12 Jun 2021 sehingga 5 Oktober 2021 dan ia melibatkan pesakit berusia 38 sehingga 91 tahun.
‘’Hanya lima kes kematian yang dilaporkan tidak sebagai tiada sejarah penyakit yang diketahui melibatkan masing-masing satu kematian pada 12 Jun dan 28 September manakala tiga kematian pada 4 Oktober 2021.
‘’Selebihnya mempunyai komobiditi seperti penyakit kencing manis, buah pinggang kronik, darah tinggi dan penyakit jantung,’’ tambahnya.
Sementara itu, 11 lokaliti melibatkan tujuh daerah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 4 Oktober sehingga 15 Oktober 2021.
Ia melibatkan Rumah Daniel Anak Mungking, Kuala Annau di Tatau, Rumah Tindin, Ng Dayu di Pakan dan Rumah Kudan, Enchiap Atas, Pantu di Sri Aman.
Manakala Rumah Rokayah, Melanjan di Betong dikenakan lanjutan PKPD bermula 6 Oktober sehingga 16 Oktober 2021.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#PKPD di Sarawak
#kategori kes di Sarawak
#kes kematian COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan