KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara mencatat penurunan lagi ke angka bawah 2,000 kes.

Semalam ia turun ke 1,572 berbanding 1,977 kes hari sebelumnya.

Tiga hari sebelum itu, angka jangkitan kes baharu COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 2,375 kes.

Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.8 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, sebanyak tiga kes kematian dicatat semalam, dan dua daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 26,032 dan 95.3 peratus atau 24,797 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,171 kes dirawat di hospital dengan 37 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 2,695 kes sembuh.