SIBU: Sebanyak 101 gelandangan di Sarawak menerima satu dos vaksin COVID-19 dengan 42 daripada mereka sudah melengkapkan dos vaksin melalui Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan yang dilancarkan di negeri ini.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata mereka yang menerima vaksin itu adalah antara 121 gelandangan dikenal pasti untuk program terbabit.
"Matlamat Kerajaan Negeri Sarawak agar tidak ada rakyat ketinggalan daripada disuntik vaksin COVID-19 demi mencapai herd immunity (imuniti kelompok). Tidak kira siapa mereka dan di mana berada," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan program itu di sini malam tadi.
Program berkenaan dilaksanakan di sembilan bahagian pentadbiran di Sarawak dengan kolaborasi bersepadu beberapa agensi kerajaan negeri dan persekutuan bermula 25 Julai lepas menerusi pelaksanaan operasi cerapan gelandangan di semua bahagian secara berkala bagi mendapatkan input.
Operasi vaksinasi di setiap bahagian adalah mengikut tiga kaedah bersesuaian dengan memberikan suntikan vaksin kepada gelandangan sama ada di pusat penempatan sementara gelandangan (PPSG), di pusat pemberian vaksin (PPV) atau secara bergerak.
Fatimah berkata masalah gelandangan adalah rumit dan memerlukan pendekatan bersepadu, kolaboratif, kolektif dan holistik.
"Justeru, kerajaan negeri Sarawak meluluskan penubuhan Tempat Transit Gelandangan (TTG) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di bandar raya atau bandar-bandar besar yang mempunyai bilangan gelandangan ketara, khususnya di Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu," katanya.
Beliau berkata TTG berfungsi sebagai tempat transit bagi gelandangan membersihkan diri, makan malam dan tidur sebelum keluar keesokan hari untuk menjalankan urusan masing-masing.
"Di TTG juga mereka dapat diberi rujukan intervensi yang diperlukan untuk menangani isu dihadapi; menyertai social enterprise disediakan serta diberi bimbingan dan kaunseling.
"Pembinaan projek TTG di Sibu setakat ini sudah 84 peratus dan dijangka siap pada penghujung September ini, sementara TTG Bintulu ditubuhkan di Rumah Tumpangan Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) di Kampung Kamunting Bintulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 07 2021
Fatimah berkata masalah gelandangan adalah rumit dan memerlukan pendekatan bersepadu, kolaboratif, kolektif dan holistik. - Foto BERNAMA
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
COVID-19: 101 gelandangan di Sarawak terima suntikan vaksin
Mereka yang menerima vaksin itu adalah antara 121 gelandangan dikenal pasti untuk program terbabit.