IPOH:Sebanyak 11 Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) telah beroperasi secara berperingkat di semua daerah seluruh Perak mulai 25 Jan lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham berkata CAC tersebut mengendalikan penilaian pesakit-pesakit kategori 1 dan 2 yang menjalani rawatan pemantauan di rumah.
"Secara kumulatif, sejumlah 987 pesakit telah dipantau oleh CAC yang mana 106 kes masih menjalani pengasingan di rumah, sehingga semalam," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Terdahulu, Dr Noor Hisham melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Arena Badminton di sini, seterusnya mendengar taklimat daripada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Ummi Kalthom Shamsudin, mengenai situasi serta kesiapsiagaan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dalam menghadapi pandemik COVID-19.
Beliau berkata sejak dibuka pada 28 Nov lepas sehingga semalam, PKRC itu telah merawat secara kumulatif 1,416 pesakit dengan 98 daripadanya merupakan kes aktif.
Katanya, secara keseluruhan 760 kes (54 peratus) adalah lelaki, 1,218 kes (86 peratus) berusia 19 hingga 59 tahun dan 1,185 kes (84 peratus) adalah warganegara Malaysia
PKRC yang mempunyai kapasiti 210 katil itu merupakan hasil kerjasama JKN dan kerajaan negeri bagi menampung kapasiti rawatan kes positif COVID-19 di Perak, khususnya untuk pesakit kategori 1 dan 2 (tidak bergejala dan bergejala ringan) yang tidak sesuai menjalani pemantauan serta pengasingan di rumah.
Katanya seramai 86 petugas terdiri daripada JKN, Pejabat Kesihatan Daerah, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Malaysia, Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan UEM Edgenta, bertugas di PKRC berkenaan.
Dalam pada itu katanya, sebanyak 30 kes kematian akibat COVID-19 di Perak berlaku semasa gelombang ketiga pandemik itu melanda negara.
"Sepanjang tempoh pandemik berlaku sehingga hari ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Perak adalah sebanyak 7,393 kes dengan 36 kematian direkodkan.
"Daripada jumlah terkumpul ini, sebanyak 7,124 kes (96.3 peratus) dan 30 kematian berlaku semasa gelombang ketiga pandemik COVID-19 di negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 14 2021
Dr Noor Hisham berkata CAC tersebut mengendalikan penilaian pesakit-pesakit kategori 1 dan 2 yang menjalani rawatan pemantauan di rumah. - Gambar fail
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Melaka tubuh enam CAC di klinik kesihatan
Kerajaan Melaka menubuhkan enam Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di klinik kesihatan seluruh negeri bagi membantu pesakit mendapatkan nasihat dan penilaian awal sebelum dimasukkan ke hospital.