awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 11 kes baharu di Singapura, ada yang positif B117 dalam saringan awal

Bernama
Bernama
09/02/2021
20:15 MYT
COVID-19: 11 kes baharu di Singapura, ada yang positif B117 dalam saringan awal
Setakat 12 tengah hari semalam, tiada kes penularan tempatan dilaporkan di Singapura, kesemuanya adalah kes import dan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 59,732 kes. - Gambar fail
SINGAPURA:Sebanyak 11 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di Singapura semalam dan satu daripadanya termasuk seorang kru kabin Singapore Airlines yang saringan awalnya didapati positif strain B117, kata Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.
Dalam laporan lengkapnya di sini, kementerian itu berkata wanita rakyat Singapura berusia 41 tahun itu berlepas dari Singapura pada 30 Jan lepas dalam satu penerbangan ke Emiriah Arab Bersatu yang kembali pada 1 Feb lalu dan dia tidak pernah turun daripada pesawat semasa di destinasi seberang laut itu.
Pada 7 Feb lepas, MOH berkata kru kabin itu didapati positif COVID-19 dalam saringan yang merupakan sebahagian daripada peraturan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura yang mewajibkan kru kabin disaring sebaik tiba dari luar negara.
"Keputusan ujian tergembleng ke atasnya didapati positif COVID-19 pada 8 Feb dan dia dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit untuk calitan individu dan diasingkan. Keputusan saringannya terhadap jangkitan COVID-19 didapati positif keesokan hari," katanya.
Dilabelkan sebagai Kes 60102 kru kabin itu menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 pada 2 Feb.
"Oleh kerana vaksin itu tidak mengandungi virus hidup, dia tidak mungkin dijangkiti menerusi pemvaksinan.
Ada kemungkinan untuk seseorang dijangkiti sebelum atau sebaik sahaja selepas menerima pemvaksinan kerana beberapa minggu diperlukan untuk seseorang membina keimunan selepas melengkapkan pemvaksinan," kata kementerian itu.
Selain Kes 60102, kementerian itu berkata empat lagi penumpang yang dalam penerbangan sama didapati positif COVID-19 dalam saringan awal bulan ini dan juga didapati positif strain B117 di peringkat awal.
Setakat 12 tengah hari semalam, tiada kes penularan tempatan dilaporkan di Singapura, kesemuanya adalah kes import dan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 59,732 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#COVID-19
#penerbangan
#vaksin
#pesawat
#Kementerian Kesihatan
#kru kabin
#Singapore Airlines
#ujian saringan
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan