KUALA LUMPUR: Sebanyak 12, 884 kes sembuh bersamaan dengan jumlah kumulatif pulih kini 2,157,565 pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin COVID-19 mengurangkan risiko jangkitan yang serius terutamanya kes di kategori 3 hingga 5.

Berikut lima perkara penting dalam kenyataan media Dr Noor Hisham yang dikeluarkan pada Khamis:

1. Sebanyak 9,890  kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 2,313,727.

2. Negeri Sarawak merekodkan angka tertinggi dengan1,413 kes baharu hari ini sementara jangkitan di Selangor pula sebanyak 1,402 dan Kuala Lumpur (250 kes) diikuti Sabah (2,430), Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585) Kelantan (1,504) dan Perak (899).

3. Kes sembuh pula sebanyak 12,884 menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih ialah 2,157,565 orang.

4. Kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 827 kes dengan 445 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

5. Jumlah kematian direkodkan 105 dalam tempoh 24 jam lalu.