KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 13 lagi kluster baharu COVID-19 hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, 10 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi, dan satu kluster komuniti.
Berikuta perincian kluster-kluster baharu:
1.KLUSTER TAPAK BINA JALAN EMAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak berhampiran Jalan Emas, Petaling Jaya.
Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 359 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN RAWANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Rawang-Bestari Jaya, Gombak.
Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 442 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN DC
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265,027) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan yang terletak di Jalan DC 1/3, Desa Coalfields, Sungai Buloh.
Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN SUBANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Subang 7, Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya.
Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER TAPAK BINA SEKSYEN SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Seksyen 1, Hulu Langat.
Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 342 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER JALAN PERSIARAN CYBER
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor Bahru, dan Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja dua bulah kilang yang terletak di Jalan Cyber, Kawasan Perindustrian Senai 3, Kulai.
Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 852 individu telah disaring, di mana 121 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER JALAN PAYAMANIS
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-270,973) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan yang terletak di Jalan Payamanis, Johor Bahru. Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 254 individu telah disaring, di mana 39 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER SENAI MURNI EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Murni 4, Taman Perindustrian Murni, Senai.
Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN MURNI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perindustrian, Taman Perindustrian Murni, Senai.
Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 457 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
10. KLUSTER INDUSTRI TEKSTIL NILAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Nilai.
Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 413 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
11. KLUSTER TAPAK BINA JALAN SULTAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Sultan Ismail, Bandar Wawasan, Lembah Pantai.
Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 285 individu telah disaring, di mana 120 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
12. KLUSTER JAN YONG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kapit di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-271763) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat.
Kluster ini melibatkan sebuah komuniti yang tinggal di Sungai Yong, Kapit.
Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
13. KLUSTER PULAU RUSA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Marang, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, dan Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-242,439) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Pulau Rusa, Marang.
Sehingga 17 Februari 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
BACA: COVID-19: 22 kematian baharu, 5,709 kes sembuh
Astro Awani
Wed Feb 17 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia mengenal pasti 13 lagi kluster baharu COVID-19 hari ini. - Gambar hiasan
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.