awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 130 kakitangan Cement Industries Sabah terima dos pertama

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2021
05:38 MYT
COVID-19: 130 kakitangan Cement Industries Sabah terima dos pertama
Japlin berkata, penyertaan melalui program itu bertujuan memastikan seluruh kakitangan mendapat perlindungan daripada jangkitan Covid-19. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Kira-kira 130 kakitangan Cements Industries (Sabah) Sdn. Bhd. telah mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).
Pengerusi Cements Industries (Sabah) Sdn Bhd, Datuk Japlin Akim berkata, penyertaan melalui program itu bertujuan memastikan seluruh kakitangan mendapat perlindungan daripada jangkitan Covid-19.
"Kita berharap program ini dapat membantu mempercepatkan lagi proses suntikan vaksin dalam kalangan warga Cements Industries sekali gus membolehkan syarikat beroperasi seperti biasa.
"Malah suntikan ini diharap dapat memberi pelindungan daripada jangkitan bukan sahaja kepada diri mereka tetapi juga ahli keluarga yang lain," katanya ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
PIKAS merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bermatlamat untuk mempercepatkan kadar vaksinasi negara dengan sasaran sekurang-kurangnya dua juta pekerja dalam sektor pembuatan menjelang suku ketiga tahun ini.
Di Sabah, PIKAS yang bermula pada Sabtu lalu menyasarkan 18,000 pekerja daripada 407 kilang pembuatan yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri, ianya membabitkan pekerja dalam sektor pembuatan di Kota Kinabalu dan daerah berdekatan iaitu Putatan, Penampang, Papar serta Tuaran.
Melalui PIKAS, kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma. Pihak swasta pula akan menyediakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) termasuk penglibatan perkhidmatan perubatan swasta dan kos pengurusan PPV yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta bagi menjimatkan peruntukan kerajaan.
Terdapat dua jenis PPV dibawah PIKAS iaitu PPV Penggunaan Umum yang melibatkan pusat konvensyen dan pameran termasuk hotel, manakala PPV Di Tapak (On-Site) pula adalah melibatkan pemberian vaksin di premis kilang.
Melalui program ini majikan perlu menanggung sepenuhnya kos vaksinasi pekerja dan mereka tidak dibenarkan memotong gaji pekerja.
Topic Berkaitan
#PIKAS
#Cement Industries
#Datuk Japlin Akim
#SICC
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan