Sebanyak 139 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) termasuk empat taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di empat daerah di Kedah ditutup sementara setakat ini berikutan penularan kes COVID-19 melibatkan Kluster Sivagangga.
Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohd Yasid Bidin berkata, daripada jumlah berkenaan, 121 tabika dan dua taska berada di daerah Kubang Pasu, lapan tabika dan dua taska (Padang Terap), satu tabika (Kulim Bandar Baharu) dan lima tabika di Kuala Kedah.
"Ia membabitkan seramai 2,747 kanak-kanak di tabika dan taska. Jadi tujuan kita tutup sementara ini sebagai langkah awal pencegahan untuk mengelak daripada penularan pandemik COVID-19.
"Proses sanitasi juga turut dilakukan di semua tabika dan taska dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Meraikan Sukarelawan Penyediaan set peralatan perlindungan diri (PPE) Kemas Negeri Sembilan di sini yang turut dihadiri Pengarah Kemas Negeri Sembilan, Muhamad Abu Bakar.
Mengulas lanjut, Mohd Yasid berkata, setakat ini belum ada kes direkodkan membabitkan kanak-kanak di bawah tabika dan taska Kemas.
"Di Kedah kita mempunyai sebanyak 800 tabika dan taska, tapi taska tak banyak. Sebenarnya tabika dan taska kita selamat cuma kita tutup untuk cegah COVID-19," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 88,210 pasang PPE telah dihasilkan membabitkan seramai 537 kakitangan Kemas dan 1,006 sukarelawan di seluruh negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac lepas sehingga hari ini.
Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,452 set PPE dihasilkan di Negeri Sembilan bagi tempoh yang sama. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 14 2020
Penutupan sementara 139 tabika dan taska di empat daerah di Kedah dibuat berikutan penularan kes COVID-19 melibatkan Kluster Sivagangga. - Gambar hiasan
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Enam rumah dibadai ribut waktu berbuka puasa
Tiga rumah yang terjejas adalah di Kampung Paya Salak, Mukim Serdang, dua di Kampung Kilang Batu dan satu di Kampung Tengah di Mukim Relau.
13 rumah terjejas banjir kilat di Bandar Baharu
Air yang mula naik kira-kira jam 8 malam menyebabkan Kampung Sungai Tengas, Kampung Jermai dan Kampung Banggol Durian terjejas.
Hujan lebat lebih dua jam, Bandar Baharu dilanda banjir kilat
Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan lima belas buah rumah dimasuki air selain beberapa kawasan terjejas akibat banjir kilat di daerah Bandar Baharu.
Banjir Kedah: 239 mangsa banjir ditempatkan di enam PPS
Semua mangsa dipindahkan bermula jam 9 malam tadi selepas penempatan mangsa dinaiki air.
Tahanan imigresen lolos: Penduduk terkejut bunyi bising, lihat tahanan keluar beramai-ramai
Terdengar bunyi bising dari luar rumah sehingga menimbulkan kebimbangan menyebabkan penduduk keluar untuk melihat apa berlaku.
Banjir kilat: Satu PPS dibuka di Bandar Baharu tempatkan 23 mangsa
Hujan lebat melebihi satu jam ditambah dengan saliran parit tersumbat menyebabkan berlaku banjir kilat di daerah Bandar Baharu malam tadi.
PKP di lima daerah di Kedah bermula esok
PKP di lima daerah itu dilaksnakan berikutan berlaku penularan jangkitan melibatkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim atau daerah atau zon.
COVID-19: 139 tabika, taska Kemas ditutup sementara di Kedah
Sebanyak 139 tabika termasuk empat taska Kemas di empat daerah di Kedah ditutup sementara berikutan penularan kes COVID-19 melibatkan kluster Sivagangga.
Sembilan termasuk warga emas ditahan terlibat aktiviti pecah kedai
Sembilan lelaki termasuk seorang warga emas ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam enam kes pecah masuk kedai di Bukit Tengah.
Identiti mangsa runtuhan jambatan di Serdang dikenal pasti
Mereka ialah Muhammad Haikal Hakimi Mohd Noor iaitu pembonceng motosikal jenis Yamaha LC135 dan Mohamad Haziq Ishak, sebagai penunggang, kedua-duanya berusia 17 tahun.