awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM15 juta untuk Dapur Siswa, pastikan tiada mahasiswa 'ikat perut'
NVIDIA dijangka perkenal semula GeForce RTX 3060 akibat kekurangan VRAM
Mahkamah Buruh Bergerak beroperasi tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 14 kematian baharu direkod

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2022
21:25 MYT
COVID-19: 14 kematian baharu direkod
Seramai 3,890 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 14 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,882 orang, daripada lebih 2.8 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 44,088 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 37,167 individu atau 84.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,890 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 2,890 kes dirawat di hospital dan 141 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 79 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 62 lagi memerlukan mesin ventilator.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes kematian
#COVIDNOW
#bid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan