KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 lokaliti di Sabah, Johor dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 22 Jun hingga 5 Julai.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPD di lokaliti terbabit dibuat ekoran peningkatan kes COVID-19 yang sangat ketara.

"Di Sabah, lima lokaliti terbabit ialah Kampung Skim Pamalan di Keningau; Kampung Jaya baru di Kunak; Taman Wijaya Pak di Kota Kinabalu; Kampung Serundung Baru di Tawau; dan Ladang Brumas di Kalabakan.

"Di Johor, empat lokaliti dalam mukim Tenglu di Mersing dilaksanakan PKPD melibatkan Kampung Tanjung Genting, Kampung Benaung, Kampun Makan dan Kampung Sawah Datuk.

"Di Pahang pula, lima taman perumahan dalam kawasan Mentakab di daerah Temerloh dilaksanakan PKPD, melibatkan Taman Bukit Bendera, Taman Rimba, Taman Sri Layang, Taman Saga dan Taman Saga Indah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri turut memaklumkan lanjutan PKPD di Kampung Pulutan, Nabawan, di Sabah berkuat kuasa 22 Jun sehingga 5 Julai.