SEREMBAN: Sebanyak 14 lagi sekolah di negeri ini diarahkan tutup selama dua hari susulan terdapat kes positif COVID-19 di sekolah.
Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sekolah tersebut perlu ditutup bagi membolehkan pihaknya mengesan kontak rapat.
Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Batu, SK King George V, SK Labu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Forest Heights, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa dan SJKC Chung Hua.
"Turut terkesan ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lorong Java, SMK Bukit Kepayang, SJKT Nilai, SMK ST Paul, SMK King George, SMK Kompleks KLIA, SMK Bukit Mewah dan SJKC Bandar Springhill.
"Semua sekolah ini ditutup sehingga 4 Mei bagi membolehkan PKD membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD berkaitan.
Katanya, ibu bapa bagaimanapun tidak perlu panik berikutan kerja-kerja sanitasi akan dilakukan dalam kadar segera.
Berita asal: Covid-19: 14 lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup
Sinar Harian
Sat May 01 2021
Sebanyak 14 lagi sekolah di negeri ini diarahkan tutup selama dua hari susulan terdapat kes positif COVID-19 di sekolah. -Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Banjir Terengganu: 22 sekolah ditutup
Sebanyak 22 sekolah di empat daerah di Terengganu terpaksa ditutup sementara susulan dilanda banjir selain dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) pada Selasa.
PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Amaran banjir di New Delhi: Sekolah ditutup, air minuman mungkin dicatu
Bandar dihuni 20 juta penduduk itu juga mungkin berdepan kekurangan air minuman berikutan penutupan beberapa loji rawatan.
Gangguan bekalan air: 85 sekolah di Manjung mohon cuti ganti
34 sekolah terjejas di Ayer Tawar, Sitiawan (19), seluruh Seri Manjung (18), seluruh Lekir ke Kayan dan Pangkor masing-masing lima serta Lumut empat sekolah.
Filipina tutup sementara sekolah, pejabat kerajaan di Manila bimbang risiko taufan
Penutupan meliputi wilayah Laguna, Rizal, Bulacan, Cavite, Zambales, dan Bataan di wilayah Luzon Tengah.
Sekolah ditutup, pejabat kerajaan 'separuh mati', Sri Lanka terus berunding dengan IMF
Ratusan ribu pengguna jalan raya masih tersadai di jalan raya untuk menunggu peluang mengisi petrol dan diesel.
525 pelajar positif, 15 sekolah ditutup di Kedah
Sebanyak 15 sekolah di Kedah terpaksa ditutup sejak 18 Jan lepas berikutan 525 pelajar dan 25 guru di sekolah berkenaan dikesan positif COVID-19.
Pelajar, kakitangan SMKA Melor dikesan positif COVID-19
Kesemua yang positif itu adalah hasil ujian saringan ke atas 78 kontak rapat di sekolah berkenaan.
SMK Kota Kuala Muda ditutup, 33 pelajar positif COVID-19
Dr Othman Warijo berkata, setakat ini, seramai 61 pelajar sudah disaring dan 33 daripadanya didapati positif.
Ancaman harimau: Sekolah ditutup, Orang Asli Gua Musang minta kawalan keselamatan ditingkat
Kira-kira 2,000 penduduk di Pos Bihai dan Pos Balar merayu supaya kawalan keselamatan di kawasan tersebut ditingkatkan.