awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
India dan Pakistan saling bertukar senarai aset nuklear
Kepengerusian ASEAN: Filipina akan teruskan momentum pengerusi terdahulu
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 15,549 kes baharu, kumulatif kes di Kelantan lebih 100,000

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2021
07:18 MYT
COVID-19: 15,549 kes baharu, kumulatif kes di Kelantan lebih 100,000
Kes kumulatif di Kelantan pula kini merekodkan lebih 100,000 kes apabila merekodkan 1,214 kes jangkitan baharu hari ini. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 15,549 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Sarawak merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,929 kes.
Ia diikuti Johor (2,208), Selangor (1,995), Sabah (1,395) dan Pulau Pinang (1,375).
Kes kumulatif di Kelantan pula kini merekodkan lebih 100,000 kes apabila merekodkan 1,214 kes jangkitan baharu hari ini.
Berikut pecahan bagi setiap negeri:
Pecahan kes baharu COVID-19 mengikut negeri bagi 18 September 2021.
Pecahan kes baharu COVID-19 mengikut negeri bagi 18 September 2021.
Sehingga 18 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 15,549 kes (2,082,876 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 1,995 (656,281) Sabah - 1,395 (184,221) WPKL - 382 (182,481) Sarawak - 2,929 (177,081) Johor - 2,208 (176,833) Kedah - 1,073 (124,982)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 18, 2021
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, tahap penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara sehingga jam 5 petang semalam adalah sebanyak 76 peratus.
Manakala penggunaan katil bukan ICU untuk tempoh sama adalah sebanyak 68 peratus.
Mengulas berkenaan pemberian dos vaksin COVID-19 sehingga 11.59 malam, 17 September 2021, Dr Noor Hisham memaklumkan 66.9 peratus populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos.
"55.5 peratus populasi keseluruhan bersamaan 77.5 peratus populasi dewasa telah lengkap divaksin.
"Populasi dewasa yang telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin adalah 92.9 peratus," katanya menerusi perkongsian di media sosial.
Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 18 September 2021: 1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 17 September 2021, 5pm) Penggunaan katil Bukan ICU 68% Penggunaan katil ICU kes COVID-19 76% pic.twitter.com/4R4owHE4uS
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 18, 2021
Sementara itu, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada 15,549 kes harian yang dilaporkan hari ini, 263 kes bersamaan (1.69 peratus) adalah dari kategori 3, 4, dan 5.
"15,286 kes (98.31 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2," katanya dalam kenyataan media harian situasi semasa COVID-19.
Berkait kes yang memerlukan rawatan di ICU, sejumlah 1,165 kes sedang dirawat dengan 277 daripadanya disyaki kemungkinan dan kes dalam siasatan.
"Kes yang memerlukan bantuan pernafasan adalah 689 kes. 401 kes disahkan COVID-19 manakala 288 lagi mrupakan kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan," katanya.
Kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah 17,205 kes bersamaan 88.4 peratus daripada kes keseluruhan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kes baharu COVID-19
#jangkitan COVID-19 harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan